GELOMBANG
KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam
keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah
Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama
“Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada
pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat
biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat
Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar
Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman
sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah
rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi
dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah
dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan”
dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah
Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51
tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya.
Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini?
KERANA kita mempunyai bukti yang kukuh dan sahih dari segi fakta untuk menyuarakan dan mendedahkannya kepada rakyat. Rakyat Sabah & Sarawak yang melihat, membaca dan menilitinya SANGAT TERPERANJAT dengan pendedahan tersebut. Dengan demikian, rakyat yang sedar, telah bertindak menyedarkan yang lain dan seterusnya. Sehingga impaknya juga telah membukakan ‘mata dunia’ dan masyarakat global tertumpu pada Malaysia.
Pemimpin politik
tempatan bukan tidak tahu, mereka lebih arif dalam soal-soal ini. Mereka
juga pernah bersuara dan bertindak, tetapi dengan mudah dan penuh
bergaya pemimpin-pemimpin politik Malaya mematahkan semua tindakan
mereka dan berjaya menghalang serta menutup agar tiada pendedahan
dilakukan dari penipuan yang mereka telah lakukan kepada Negara Sabah
dan Sarawak selama 51 tahun.
Sehingga kini,
pemimpin-pemimpin politik tempatan membiarkan penipuan ini berlangsung
dan mereka hanya putih mata dan terkebil-kebil melihatnya. Kesilapan
yang mereka telah lakukan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa mutlak
untuk menghalang aksi dan tindakan pemimpin-pemimpin Malaya merakus
segalanya dari bumi Sabah & Sarawak. Kedua negara ini adalah negara
yang mempunyai hasil bumi dan begitu banyak dan selayaknya disebut
‘kaya’. Tetapi KENYATAANNYA, kedua negara ini bergilir-gilir menggondol
gelaran tiap-tiap tahun sebagai “Negeri Termiskin Di Malaysia”.
Walaupun
keadaanya berlaku seperti yang sudah dilihat dan dirasai sendiri oleh
rakyat Negara Sabah & Sarawak, usaha-usaha tertentu tetap dilakukan
oleh golongan politikus baru yang muncul, tetapi impaknya tidaklah
sekuat mana yang diharapkan. Kerana nilai “wang ringgit” lebih besar
daripada nilai “sebuah kebenaran”. Politikus ini hanya lantang pada
kuntau pidatonya semasa pilihanraya, tetapi seperti pelangi sehabis
hujan. Pilihanraya selesai maka reda dan sepi semuanya, kemudian
menunggu lagi untuk 5 tahun akan datang untuk mencuba nasib.
Selama 48 tahun
Sabah & Sarawak bergumul dengan keadaan ini, tidak dapat memikirkan
kaedah dan solusi terbaik sebagai jalan keluar dari masalah yang
dihadapi. Tetapi dengan hikmat berfikir yang dimiliki oleh rakyat biasa,
maka kesepakatan telah dilakukan untuk memperjuangkan hal ini ke
peringkat antarabangsa, iaitu melalui kuasa hak asasi dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan demikian, maka tepatlah bahawa tindakan
ini betul dan tepat masanya, kerana ada anak jati Negara Sabah yang
duduk bersama di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai anggota
rasmi yang mewakili Borneo.
Hal ini tidak
difikirkan oleh ahli-ahli politik yang ada, kerana sudah menjadi tradisi
dalam pola fikir politikus - berpolitik untuk nama dan wang ringgit.
Mengakibatkan hal-hal yang mendasar dan mustahak sebagai kepentingan
rakyat diabaikan. Undi rakyat hanyalah sebagai sandaran kejayaan untuk
tujuan peribadi.
Pemimpin politik
Malaya telah merancang segalanya seawal tahun 60an, iaitu penipuan yang
“terancang dan teliti”, sehingga kemuncaknya bermula pada tahun 1963,
kemudian semakin jelas pada tahun 1976. Di mana bagi negara Sabah, tahun
ini adalah “ tahun yang sangat malang kerana 3 peristiwa penting
berlaku tanpa sebarang kemampuan dan kuasa pemimpin politik tempatan
menghalangnya.
Tiga peristiwa peristiwa tersebut adalah; i) Pada 06. 06. 1976
Tragedi Nahas Kapal Nomad yang dinaiki oleh pemimpin utama dan kabinet
negara Sabah. Hasil forensiknya ada dan masih tersimpan di tangan
kerajaan Australia sehingga hari ini. Tetapi kes ini telah sengaja
dirahsiakan malah ditutup ketat dengan kanun ‘akta hasutan’ dan I.S.A.
ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963.
ii) 14. 06. 1976, hasil minyak sebanyak 95% telah diserahkan kepada Petronas dan selebihnya dengan penuh bangga dan bersyukur Sabah/Sarawak menikmatinya. iii) Pada 27. 08. 1976 Negara Sabah telah diturunkan status ”Negaranya” kepada “Negeri”. Maka jadilah kedua negara ini, iaitu Sabah & Sarawak termasuk sama status dan haknya bersama 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Malaya. Maka relevanlah “Perlembagaan Persekutuan Tanah Malaya” yang dibuat pada tahun 1957 untuk semua negeri, tanpa ada “Perlembagaan Khas” yang dibuat selepas Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16hb. September 1963.
Jika selama ini
pemimpin politik tempatan kita sudah tunggang terbalik memperjuangkan
isu “Perkara 18 (Sarawak) & 20 (Sabah)”, “Kembalikan Kuasa
Autonomi”, “Borneonisasi”, dan banyak kata-kata yang telah digunakan
untuk menarik perhatian dan belas kasihan agar pemimpin politik Malaya
mempertimbangkannya. Namun ADAKAH MALAYA membuka mata dan ikhlas
mendengarnya? - TIDAK! MALAYA bukan hanya tutup sebelah mata pada
perjuangan pemimpin politik tempatan, tetapi langsung menutup kedua
belah mata mereka, malah telinga pun turut ditutup.
TAPI lihatlah, Bila
SSKM dengan sengaja menggunakan satu kata-kata yang sangat sensitif,
iaitu "Sabah Sarawak KELUAR Malaysia", maka akibatnya sangat menusuk
hati para politikus Malaya, malah menggegarkan mereka! Kenapa gunakan
perkatan “Keluar Malaysia”? Sabah dan Sarawak BUKAN MASUK Malaysia,
tetapi MEMBENTUK Malaysia. Jadi istilah ‘keluar’ itu tidak tepat!
Seorang pemimpin negara Sarawak menegaskan, “Kita bukan masuk Malaysia,
tetapi kita MEMBENTUK Malaysia, jadi tiada istilah KELUAR kerana tiada
yang MASUK.
Slogan sensitif
”Sabah Sarawak KELUAR Malaysia” sengaja dibuat dan telah berjaya menarik
perhatian para pemimpin politik Malaya, malah mereka menggelabah dan
dalam keadaan ketakutan kerana penipuan selama 51 tahun semakin
terbongkar. Slogan ini juga telah membuatkan beberapa pemimpin politik
tersentak berdiri dari posisi goyang kaki mereka di sofa Itali bernilai
jutaan ringgit. Degupan jantung menjadi rancak, air liur yang ditelan
rasanya pahit dan siang berganti malam sepertinya sangat pantas. Memaksa
untuk tidur lena tidaklah boleh jika tidak meneguk ‘Chivas’,
“Macallan’, atau ”Glenfarclas”. Cara lain yang difikirkan jimat dan
tidak disebut haram adalah menelan ‘ubat tidur & penenang’.
KENAPA SITUASI INI BERLAKU kepada mereka?
1. Penipuan antarabangsa akan terbongkar.
2. Ketuanan Melayu tergugat.
3. Kroni2 dalam parti yang mendominasi akan hilang punca kekayaan.
4. Takut kehilangan sumber keuntungan.
5. KERANA Rakyat Sabah & Sarawak yang dianggap tinggal di atas pokok dan masih pakai cawat sudah BANGKIT dan BERSUARA menuntut hak-hak sebenar yang dipertikaikan.
Rakyat Sabah
& Sarawak bukanlah Bodoh, tetapi hanya berdiam diri selama ini. Tapi
masanya sudah tiba, sebab "Kalau Bukan Kita, Siapa lagi! Kalau Bukan
Sekarang, Bila lagi?"
* Dum Spiro Spero / Pergo Et Perago *
APA PERANAN KITA SEKARANG?
Sekiranya anda
bersetuju Borneo; iaitu Sarawak / Sabah harus BEBAS daripada diduduki
secara paksa/keras & ditindas oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia
(erti kata lain bebas daripada perhambaan), sila turunkan tandatangan
anda pada petisyen SSKM menandakan sokongan kepada perjuangan kami. Ia
adalah tanggungjawab kita untuk menuntut hak, kebanggaan, maruah dan
keadilan kita.
TURUNKAN TANDATANGAN ANDA DI SINI!
Sign The Petition!
(Kotak dengan tanda * - tanda asterisk - adalah yang paling penting)
DATA SULIT ANDA DIRAHSIAKAN DAN TIDAK TERDEDAH,
Jika anda TIDAK MAHU gunakan nama sebenar, gunakan "Anonymous".
Tandatangan Yang Berjaya HANYA akan kelihatan seperti ini;
Oleh: Awis Are-Wish
Cukuplah sudah permainan politik Malaya yg sebenarnya bertopengkan "Malaysia" selama 51 tahun..
ReplyDelete