Saturday, November 1, 2014

JANGAN POLITIKKAN KERAJAAN AKAN MENGELUARKAN SIJIL LAHIR


https://scontent-b-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/v/t1.0-9/1378119_728153940605278_4999461923687046654_n.jpg?oh=cfb7da4dac44dbcbf8b40b65838d6e40&oe=54EDE477

"Perkara ini bukanlah semudah seperti yang digambarkan oleh Menteri tersebut. Perikemanusian tidak harus melangkaui perlembagaan negara, iaitu asas undang-undang negara. Sekiranya ia dilaksanakan, maka ianya akan mengujudkan satu polemik politik tidak berkesudahan kerana Kerajaan dilihat memberi keutamaan kepada masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing tanpa izin berbanding masalah yang dihadapi oleh warganegara, khususnya penduduk anak negeri.
Saya berpendapat bahawa Kerajaan haruslah terlebih dahulu memberi keyakinan dalam bentuk pencapaian transformasi dalam menangani semua keluhan, kemarahan dan harapan warganagera khususnya penduduk anak negeri sebelum memikirkan cadangan sedemikian. Ini juga melibatkan elemen perikemanusiaan. Kita tidak mahu seperti pepatah "anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".
Kenyataan tersebut juga tidak adil kerana laporan RCI mengenai pendatang asing di Sabah belum dibentangkan di Parlimen dan rakyat masih tertunggu-tunggu.
Dalam masa yang sama, surat beranak adalah asas kepada pemberian kewarganegaraan samada sebagai penduduk tetap atau warganegara, iaitu termasuk dalam agenda imigresen. Perkara imigresen di Sabah diletakkan dalam Senarai Bersama (Concurrent Lists) di mana Kerajaan Negeri Sabah mempunyai autoriti. Justeru, persoalan lain yang timbul adalah samada Menteri Dalam Negeri sudah mengadakan perundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah, jemaat kabinet atau sidang dewan undangan negeri sebelum menyatakan cadangan demikian. Jika jawapan tidak, maka ia menunjukkan bahawa menteri tersebut jahil perlembagaan terutamanya yang melibatkan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan negeri Sabah sepertimana dalam Perlembagaan Malaysia. Rakyat Sabah sudah cukup bijaksana mengaturkan kedaulatan imigresen negeri ini, tidak perlu rakan di Semenanjung membuat keputusan bagi kita.
Ringkasnya, saya tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri tersebut. Saya yakin ada mekanisme lain sesuai dengan kehendak perlembagaan, undang-undang dan sesuai dengan aspirasi rakyat tulen dan warganegara kita bagi menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh pendatang asing ini.

No comments:

Post a Comment