Wednesday, October 29, 2014

SABAH SEBUAH NEGARA

Menelusuri alur sejarah panjang North Borneo/Sabah, memberikan kita semangat dan kekuatan untuk terus berjuang. Ini berdasarkan kepada fakta yang sahih daripada dokumen Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20 yang turut tercatat dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan semasa proses pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Malah jika mendengar perisytiharan Malaysia di Padang Merdeka, (Kota Kinabalu), yang diucapkan dalam Bahasa Inggeris, Kadazan dan Cina, jelas sekali disebutkan penggunaan Negara of Sabah. Jadi tidak syak lagi bahawa Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA yang sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia bukannya menyertai Malaysia sebagai sebuah NEGERI yang ke-12 seperti yang tercatit dalam Mykad sekarang ini. Sayang sekali dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah awam, MALAYSIA merdeka pada 31 OGOS 1957, sedangkan seluruh dunia tahu bahawa MALAYSIA baru sahaja dibentuk pada 16 SEPTEMBER 1963. Bagaimana pula merdeka sedangkan belum dibentuk?

PERJANJIAN MALAYSIA BATAL DAN TIDAK SAH?

Queen Councel Anthony Lester
Saudara Pengarang,
Saya baru pulang daripada London selepas menemui Queen Counsel Anthony Lester berhubung khidmat nasihat untuk merayu kajian semula Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.
QC Anthony menasihati saya agar meneruskan Kempen Memungut Tandatangan untuk mendesak Kerajaan Malaysia ‘Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963’.
Menurut QC Anthony, Perjanjian Malaysia adalah ‘BATAL DAN TIDAK SAH’ apabila Brunei tidak menandatanganinya selepas 11 Jam dokumen tersebut disediakan dan Selepas Singapura menarik diri pada 1965.
Kami akan melancarkan ‘Pungutan Suara’ berkenaan pada 9 Julai 2011 di Batu Sumpah, Keningau sebelum diedarkan ke Sabah dan Sarawak untuk dikemukakan kepada Ratu Elizabeth Disember 2011 kelak.
Bagi pihak rakyat Sabah, saya mohon ehsan saudara dan Sabahkini.net membantu menjayakan usaha murni ini demi survival rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Salam Hormat,
DATUK PATRICK SINDU
Aktivis Masyarakat & Hak Asasi Manusia
 sumber : UVSB

Tuesday, October 28, 2014

Saya Anak Borneo Anak Harapan ( SABAH )




Yang Sebenarnya Masih Banyak Yang Belum Sedar Sabah Sarawak Di Jajah Secara Halus Oleh Kerajaan Malaya.
Anak muda mudi sekarang sudah mula berjuang untuk masa depan Sabah Sarawak ke arah yang lebih baik. Kita semua kurang faham apa sebenarnya SSKM ini . SSKM ( Sabah Sarawak Keluar Malaysia ) atau lebih tepat kita SS ( Sabah Sarawak ) berpisah dari malaysia. Persoalannya kenapa/mengapa..?? Kita suda sedia maklum bahawa Perjanjian Malaysia 1963 sudah di putar belitkan oleh kerajaan Malaysia. Perjanjian itu sudah tidak di hormati lagi oleh kerajaan malaysia. Hak-hak milik kita SS ( Sabah Sarawak) sedikit demi sedikit di jajah. Sememangnya SS yang kaya dengan hasil ekonomi terutama minyak masih lagi di katogerikan sebagai Negeri Mundur/Miskin di Malayisa ini. Kemana perginya hasil bumi SS pergi ? Tanah Adat ( NCR ) semakin hari semakin di rampas oleh syarikat yang kebanyakannya dari malaya. Yang kita SS sebenarnya disisihkan dari segi struktur pembangunan luar dan bandar pada hal kita kaya dengan sumber hasil bumi. Tetapi kita lihat kemajuan di malaya. Apa perbezaannya...??? Penjajahan halus dari kerajaan malaya ini telah mengaut keuntungan hasil bumi dari SS. Kebanjiran Pendatang Tanpa Izin yang tidak di kawal juga seperti di sengajakan oleh pemerintah dan kes Projek Ic adalah di ibaratkankan malaya yang di terajui oleh BN-UMNO telah " menjual sabah kepada pati ". Jadi, Seperti yang Datuk Dr Jeffrey Kitingan katakan " “Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanah air ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama di nikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama ke arah itu.”

sumber : TANAK DUSUN SABAH

KEMAJUAN SABAH LEBIH PESAT 50 TAHUN LAGI???

50tahun yang lalu "kerajaan malaysia" telah berjanji dengan memberi jaminan bahwa..
- Sabah
- Sarawak
- Malaya(persekutuan tanah melayu)
Akan bangun bersama sebagai "rakan kongsi sama taraf" mngikut kpada asas perjanjian malaysia 1963..
- Dan hasilnya sekarang yang kita boleh bandingkan,anda Nilai lah sendiri.!!
DAN..SEKARANG..
"Kerajaan malaysia" sekali lagi berjanji bahwa..
"KEMAJUAN SABAH LEBIH PESAT 50TAHUN AKAN DATANG" ..!!
- ia dapat dikecapi jika rakyat pilih kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan diperingkat persekutuan.
Adakah kita masi boleh percaya dengan janji2 ini ??

sumber : suara bebas sabahans

TheDoubleSixCrash


60 1 Suara Sabah Royalti Minyak Milik Siapa Tragedi Double 6


Butiran Dakwaan Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?


Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia : Apabila disebut nama Malaysia, kita ada Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak barulah lengkap disebut nama “Malaysia”.
Tanpa bantuan kekayaan hasil mahsul negeri Sabah, Sarawak tidak ke mana Semenanjung Malaysia sebenarnya, begitulah sebaliknya. Maisng-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi biarlah berdasarkan kesepakatan, usaha dan kenikmatan bersama bukan hanya sekadar laungan sahaja
Baru-baru ini Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), Lina Soo mengemparkan Malaysia apabila mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
Siapa Lina Soo? Berita Semasa pun baru pertama kali mendengar nama ini. Tetapi atas dasar berpegang pada prinsip tidak melihat siapa yang mengatakan, tetapi lebih kepada memerhatikan dan manganalisa apa yang dikeutarakan & dilontarkan serta apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada kerajaan Malaysia, Berita Semasa memerhatikan satu demi apa yang ingin cuba disampaikannya.

Butiran Dakwaan Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?

  1. Perkara 18 SarawakPerjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata
  2. Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
  3. Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak
  4. 5 individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
  5. Perjanjian Malaysia 1963 telah melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Lawof Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).
  6. Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak
  7. Menurut UN Charter on Self-Determination Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo
  8. Manakala Britain telah pecah amanah apabila gagal menghormati Cession Treaty 1946 untuk memastikan kemerdekaan Sarawak ketika rakyat negeri itu bersedia untuk mentadbirnya.
  9. Asas pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna di mana Suruhanjaya Cobbold hanya bertemu 4,000 penduduk Sabah dan Sarawak dengan populasi 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat daripada orang ramai
  10. “bukti kecil” menunjukkan bantahan terhadap pembentukan persekutuan, meskipun ribuan membantah di Sarawak dan penahanan pemimpin anti Malaysia termasuk pengharaman akhbar Cina pada masa itu.
  11. Perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi sah meskipun ia seharusnya terbatal apabila pemisahan dengan Singapura pada 1965 berlaku tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak sekaligus berlakunya selepas itu pemindaan Perlembagaan Persekutuan pada 27 Ogos, 1967 untuk mengubah status Sarawak dan Sabah sebagai negeri ke-12 dan ke-13.
  12. Malaysia melanggar konsep asal pembentukan Persekutuan tiga negeri kepada kesatuan 13 negeri yang mana kuasa dan kemerdekaan dipegang oleh kerajaan pusat yang telah mberikan kesan kepada pelanggaran asas Perjanjian Malaysia 1963

Sumber : beritasemasa

MALAYA BERTOPENGKAN MALAYSIA !

Article 160.Tafsiran "PERSEKUTUAN" ertinya persekutuan yang ditubuhkandi bawah PERJANJIANPERSEKUTUAN TANAHMELAYU 1957. "Article 1 (2) Negeri negeri persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terangganu." - Jadi macam mana pula dalam Perlembagaan Malaysia ni Sabah dan Sarawak di senaraikan sebagai Negeri Negeri Persekutuan?

sumber : ZAINNAL AJAMAIN

Monday, October 27, 2014

Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah

KOTA KINABALU: Perjanjian Malaysia 1963, satu perjanjian antarabangsa antara lima negara untuk menubuhkan Perjanjian Malaysia, bukan satu peijanjian antarabangsa pelbagai pihak yang dibuat dengan sah dan mengikat yang mengikut undang-undang antarabangsa.


Seorang peguam kelahiran Sarawak yang kini menjalankan praktik di Australia, Robert Pei berkata perjanjian itu melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1946 dan Perisytiharan tentang Penganugerahan Kemerdekaan kepada Negara dan Penduduk Kolonial (UNDD) serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1514.

Menyampaikan kertas kajiannya pada forum Malaysia at Crossroads pada Khamis lepas, Pei berkata, berdasarkan dokumen kolonial British yang diubah status, beliau mendapati konsep dan penubuhan Malaysia merupakan satu rancangan yang ditentukan terlebih dahulu dan penipuan yang dilakukan oleh Britain yang berpakat sulit dengan Tanah Melayu.

"Tujuannya adalah untuk mewujud-kan Malayan Union dengan menafikan penduduk Sabah dan Sarawak (dan juga Brunei dalam rancangan asal) hak mereka kepada penentuan nasib sendiri, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperalatkan untuk menyokong penubuhan Malaysia, bertentangan dengan prinsip penentuan nasib sendiri negara yang diisytiharkannya," kata beliau.

Pei membuat tiga saranan berhubung kesahihan Perjanjian Malaysia 1963.

Pertama, perjanjian tersebut sebagai satu perjanjian antarabangsa, tidak dibuat dengan sah mengikut prinsip dan peraturan Undang-Undang Antarabangsa serta Perisytiharan Dekolonisasi PBB 1960.

Kedua, perjanjian itu tidak sah dan dimansuhkan dengan pemisahan dan kemerdekaan Singapura dari Malaysia pada 1965.

Ketiga, andai kata perjanjian itu tetap sah walaupun dengan dua saranan terdahulu, Tanah Melayu berulang kali melakukan pelanggaran dasar perjanjian itu dan mengingkarinya sela-ma lebih 50 tahun ia tidak mematuhinya serta gagal melaksanakannya sebagai satu perjanjian antarabangsa dan eksperimen Malaysia sendiri.

Menyenaraikan sekurang-kurangnya tujuh sebab di bawah saranan pertama, Pei menyatakan perjanjian itu membuktikan campur tangan luaran Britain dan Tanah Melayu, serta pencabulan hak penentuan nasib sendiri rakyat Sabah dan Sarawak.

"Ia dilakukan dengan pakatan sulit Britain dengan Tanah Melayu sebelum pun 1960-an, dan kemudian dengan sokongan PBB, untuk menafikan hak rakyat dengan tidak mengendahkan bantahan tempatan serta antarabangsa, dan melanggar undang-undang antarabangsa sedia ada, justeru menjadikannya terbatal dan tidak sah," katanya.

Sebab pertama dan utama ketidak-sahan perjanjian itu adalah hakikat ia melanggar undang-undang antarabangsa lazim bahawa hanya negara-negara berdaulat boleh membuat perjanjian antarabangsa sah.

"Sabah dan Sarawak berdua merupakan jajahan pada waktu itu, sementara Singapura adalah separa jajahan British. Kita bukan negara berdaulat pada waktu perjanjian itu ditandatan-gani," katanya.

British juga, tambahnya, tidak boleh memindahkan wilayah serta kedaulatan Sabah yang dipertikaikan dan dituntut oleh Filipina pada masa itu.

Sebab lain termasuk pelanggaraan Perjanjian Brooke 1946 untuk memulihkan kemerdekaan Sarawak oleh Britain, fakta kedua-dua Britain dan Britain berpakat sulit unutk menubuhkan Malaysia sebagai ganti kemerdekaan Borneo, fakta Peijanjian Malaysia dibuat secara paksaan untuk menyerah serta mengambil dua wilayah itu bagi pemerintahan Tanah Melayu.

Pei juga berkata perjanjian itu serta konsep Malaysia dibuat secara tidak jujur, dan diubah tiga kali tanpa pungutan suara atau persetujuan rakyat.

Tentang saranan kedua, beliau menegaskan, oleh sebab perjanjian pemisahan Singapura dibuat secara dua hala antara Singapura dan Tanah Melayu pada 1964 tanpa pembabitan aktif tiga lagi pihak penandatangan perjanjian itu, perjanjian pemisahan tersebut mengubah konsep Malaysia yang sepatutnya dirunding semula.

"Ia menjadikannya tidak sah dan memansuhkannya. Konsep Malaysia pada hakikatnya tidak wujud lagi pada 1965," katanya.

Saranan ketiga mengandaikan bahawa perjanjian itu sah, tetapi Pei berkata, oleh sebab pelanggaran berulang kali yang dilakukan oleh Tanah Melayu, mengikut undang-undang antarabangsa, perbuatan sengaja melanggar atau mengecualikan satu pihak kepada perjanjian itu bermakna menolak seluruh perjanjian tersebut.

"50 tahun terakhir menyaksikan Tanah Melayu memungkiri sepenuhnya terma dan syarat perjanjian itu yang mana jajahan Sabah dan Sarawak dahulu kini menjadi jajahan semula," tegasnya.

Pei menyimpulkan, sekiranya Perjanjian Malaysia batal dan tidak sah, rakyat Sabah dan Sarawak tidak terikat untuk kekal dalam hubungan tidak sama rata dan tidak adil dengan Tanah Melayu.

"Ramai melihatnya hanya sebagai hubungan penjajah dan jajahan, yang mana negara mereka dijarah dan rakyatnya dipinggirkan sehingga menjadi lebih miskin daripada sebelum 1963.

"Negara seperti Timor Timur, Sudan Selatan dan Crimea memilih kemerdekaan daripada apa yang dilihat sebagai hubungan penjajahan yang tidak sama rata dan submisif. Scotland, atas sebab-sebab serupa, akan mengundi dalam pungutan suara kemerdekaannya pada September tahun ini.

"Jadi tidak hairanlah sejak setahun lalu, kita melihat pergerakan yang semakin berkembang melibatkan kebanyakannya golongan muda. yang tampil menuntut hak mereka dengan cogan kata 'Sarawak untuk orang Sarawak!' dan 'Sabah untuk orang Sabah!" katanya.

30/08/2014 Harian Ekspres (Tracy Patrick)

sumber :  1 suara sabah

HASIL MINYAK SABAH USD 200 BILLION?

Oleh : NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI

KESEDARAN dan kejujuran daripada semua pihak boleh mencapai matlamat ini. Ini ada satu cerita untuk kita renungkan sebelum kita membincangkan lebih lanjut isu tersebut.
Petani bernama Gaman memiliki 10 ekar kebun buah-buahan yang beraneka jenis, tetapi kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan modal pusingan dalam perniagaan; maka setiap musim buah-buahan tidak diambil dan dijual.


Al-kisah ada seorang yang pintar dan tahu selok-belok perniagaan yang bernama Dato' Kassim yang mengetahui potensi sebenar kebun tersebut telah berjumpa dengan Si Gaman dan memberi cadangan perniagaan yang berbunyi seperti berikut;


“Saya ambil alih pengurusan kebun saudara dengan bayaran 5% hasil jualan kasar buah-buahan dari kebun tersebut”. Dengan keadaan Si Gaman yang serba kekurangan, tanpa mengetahui berapa nilai sebenar hasil buah-buahannya dan terus bersetuju menerima cadangan itu.


Selepas sahaja si Gaman bersetuju dan menandatangani persetujuan cadangan tersebut, Dato Kassim terus mencari kawannya yang pakar dalam bidang pertanian yang bernama Van John dengan cadangan pengambilahlihan pengurusan kebun Si Gaman dengan cadangan bayaran 30% hasil pengeluaran kebun buah-buahan tersebut.


Dalam perjanjian tersebut Dato Kassim juga memberi syarat tambahan bahawa kos penyelenggaraan dan pengeluaran ditanggung dahulu oleh Van John dan akan dibayar balik jika ada keuntungan hasil jualan buah buahan tersebut.


Selepas hasil dikeluarkan, keuntungan dibayar kepada Van John termasuk kos pengeluaran sebanyak 60% dan Dato Kassim telah mendapat keuntungan bersih sebanyak 35% selepas membayar sebanyak 5% kepada Si Gaman.


Bila dilihat dari lahiriah perjanjian di atas tidak ada salahnya. Gaman menerima perjanjian tanpa usul periksa kerana kekurangan pengetahuan; Van John menerima perjanjian kerana yakin akan keuntungan yang bakal diperolehinya dan Dato Kassim berani bertindak begitu rupa kerana dia tidak mengeluarkan sebarang modal perniagaan dan yakin atas potensinya.


Tetapi jika difikirkan secara adil dan penuh keinsafan, perjanjian ini adalah berat sebelah dan dikategorikan sebagai penindasan.
Dalam ugama Islam itu sendiri tidak mengalakkan pengambilan untung yang berlebihan. Si Gaman adalah pemilik tanah dan juga berkerja keras menanam buah-buah tersebut hanya mendapat 5%; sedangkan satu ketika nanti pokok buah-buahan akan berhenti berbuah.


Dato Kassim yang tidak mengeluarkan modal dan tidak mempunyai kepakaran dalam pertanian pula mendapat 35%, manakala Van John seharusnya layak menerima keuntungan 30% kerana ia bekerja keras dalam pengeluaran hasil buah-buahan tersebut.


***Merujuk kepada rencana saya sebelum ini di Sabahkini.net, saya telah menerima pelbagai kritikan pro dan kontra.
Saya sengaja menulis satu rencana yang ringkas bagi membolehkan kebanyakan kumpulan pembaca boleh memahami kandungan rencana saya dan cuba mengelakkan penggunanaan banyak ungkapan yang jarang digunakan dan pengiraan yang rumit.***
-> Ada pembaca mahu saya membuktikan dengan lebih terperinci bagaimana saya dapat angka-angka tersebut. Sebenarnya apa yang saya tulis sebelum ini boleh didapati dari berbagai-bagai sumber, tekan saja dalam pencarian Yahoo 'Oil production, Sabah' semua yang saya tulis boleh didapati di situ.
Ada juga pihak cuba menegakkan benang basah dan ada pula yang cuba mengalihkan tujuan rencana ini ditulis. Mengikut seorang pembaca, pendapatan kasar Sabah US12 tidak logik kerana mengikut beliau Laporan Kewangan Petronas Bagi Tahun 2011, Keuntungan bersih dalam pengeluaran minyak hanya USD 10.8 billion dan pengeluaran gas menyumbangkan USD 2 billion.***


Saya cuba membincangkan industri minyak dan gas di Sabah dan bagaimana Sabah negeri termiskin di Malaysia ini boleh boleh dimajukan dengan pendapatan dari sektor industri tersebut.


Bagaimana PETRONAS mengendalikan operasi dan pelaburan dan sama ada untung atau rugi adalah tidak perlu disentuh di sini kerana saya cuba mencadangkan bagaimana Sabah boleh mendapat 100% keuntungan hasil minyak dengan menjadikan dirinya berstatus 'Pemilik'.


Takungan minyak Kikeh, Murphy Oil boleh mencapai pengeluaran minyak 125,000 bbl/d; Takungan minyak Gemusut Field, Shell boleh mencapai pengeluaran minyak 135,000 bbl/d dan telaga minyak Wakid, Petronas Carigali boleh mengeluarkan minyak sebanyak 8200 bbl/d.


Jumlah ini belum mengambil kira terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis (SOGT) yang jika siap kelak akan boleh mengeluarkan 300,000 bbl/d. Jika dilihat keupayaan pengeluaran minyak Sabah, tidak keterlaluan saya katakan bahawa pengeluaran minyak Sabah boleh dicapai sebanyak 300,000 bbl/d.


Maksudnya 300,000 ribu barrel minyak dapat dikeluarkan dalam sehari. Harga pasaran masa kini melebihi USD 100 dalam satu barrel. Jika kita mengambil harga minyak USD 100 sebarrel, bererti pendapatan kasar Negeri Sabah dalam pengeluaran minyak mentah sahaja adalah hampir USD 11 billion setahun.
Ini belum mengambil kira pendapatan dari hasil jualan gas asli dan penghasilan minyak dan gas dari kawasan sempadan antara Sabah dengan Vietnam dan sempadan antara Sabah dengan Brunei.


Berbalik kepada cerita tersebut di atas, diharap menteri-menteri kita dapat membuat satu perjanjian yang adil dan beretika bagi mengelakkan ada pihak yang tertindas. Perjanjian Petroleum yang sebelum ini telah digubal oleh manusia dan ini bererti masih boleh diubah mahu pun dibatalkan sama sekali.
 Dengan adanya pemimpin yang bersikap jujur dan beretika, perkara ini boleh diselesaikan bagi membolehkan Negeri Sabah menjadi pemilik kepada minyak dan gas di negeri ini sekali lagi.


Untuk maklumat pembaca, Negeri Sabah mempunyai simpanan minyak sehingga hari ini sebanyak hampir 2 billion barrel minyak mentah dan dengan kata lain kita mempunyai lebih kurang USD 200 billion (RM600,000,000,000) simpanan dalam bentuk minyak mentah.


Kalau wang ini digunakan sebanyak USD 2 billion setahun untuk memajukan Negeri Sabah ini, kita memerlukan 100 tahun untuk menghabiskan wang minyak ini, tetapi saya yakin kita akan mendapat lagi telaga minyak baru pada masa-masa akan datang.


Semoga Rakyat Sabah dapat melihat potensi hasil minyak dan gas milik kita. Mari kita berusaha ke arah mencapai matlamat untuk memiliki kembali minyak dan gas negeri ini.


Pada masa yang sama kita berharap saudara-saudara senegara kita dari Semenanjung Malaysia harus sedar perjanjian minyak tidak beretika ini mengakibatkan negeri ini menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kasihan Si Gaman!

sumber: 1 suara sabah

Sejarah Borneo-Mengimbas Kembali Sejarah Tentang Dakwaan Sulu Ke Atas Sabah

Perjanjian pertama telah ditandatangani oleh Sultan Brunei 24, Sultan Abdul Mumin, melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan yang ditandatangani pada Disember 29hb tahun 1877. (Kanan) Perjanjian kedua telah ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878, kira-kira tiga minggu selepas perjanjian pertama telah ditandatangani. Gambar Ihsan Rozan Yunos
Buku Tahun 1968 Aturcara Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke- 29, mempunyai dua dokumen yang menarik yang turut diselitkan. Dokumen itu merupakan pencetakan dua perjanjian yang diambil daripada mikrofilem yang disimpan di Pejabat Rekod Awam di London.
Perjanjian pertama telah ditandatangani oleh Sultan ke-24 Brunei, Sultan Abdul Mumin, melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan, ditandatangani pada 29 Disember tahun 1877. Perjanjian kedua telah ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu yang melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878, kira-kira tiga minggu selepas perjanjian pertama telah ditandatangani.
Itu menimbulkan soalan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk Sabah atau Borneo Utara kerana ia telah dikenali kemudian ke arah akhir abad ke-19? Ini mungkin mempunyai kaitan dengan peristiwa yang kini berlaku di Lahad Datu di Sabah, di mana sekumpulan lelaki bersenjata kononnya dari Kesultanan Sulu dan Borneo Utara mendakwa bahawa mereka adalah pemilik sah Sabah.
Banyak catatan awal sejarah bertulis di Brunei menyatakan bahawa Sulu telah diberi hak milik Sabah atau bahagian Sabah di atas bantuan yang diberikan kepada Sultan Muhydin, Sultan ke-14 Brunei yang berjuang dalam perang saudara ke atas Sultan Brunei yang ke -13, Sultan Abdul Mubin .
Sultan Abdul Mubin telah merampas takhta setelah membunuh Sultan Muhammad Ali apabila baginda cuba untuk menghentikan Sultan Abdul Mubin daripada membalas dendam untuk kematian putera baginda yang dibunuh oleh putera Sultan Muhammad Ali. Sultan Abdul Mubin melantik Sultan Muhydin sebagai Bendahara tetapi akhirnya Sultan Muhydin sendiri telah ditipu oleh Sultan Abdul Mubin untuk meninggalkan Brunei dan dihantar ke Pulau Cermin dan melantik dirinya sebagai Sultan Brunei yang baharu. Kedua-dua Sultan telah berjuang untuk menentang antara satu sama lain dalam perang saudara yang sengit dan Sultan Muhyidin akhirnya menang. Ianya dikatakan adanya bantuan yang disediakan oleh Kesultanan Sulu.
Sir Hugh Low, menulis dalam Journal of Straits Branch Royal Asiatic Society (JSBRAS) yang diterbitkan pada 5 JUN, 1880 bertajuk 'Selesilah (Kitab Keturunan) Raja-raja Bruni', menulis bahawa "dengan bantuan daya daripada Sultan Soolok, kubu di pulau (Pulau Cermin) ditangkap ".
Terdahulu, Sir Hugh Low menyifatkan rundingan antara Sulu dan Brunei: "Bataraa daripada Soolok naik ke Bruni dan bertemu Muaddin Sultan dan setelah berpesta dan minum, Sultan meminta Batara untuk membantu beliau untuk memusnahkan musuh di pulau ini, menjanjikan bahawa jika pulau itu telah ditawan, tanah dari Utara hingga ke arah barat sebagai Kimani harus tergolong kepada Soolook ".
HR Hughes-Hallett menulis dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society yang diterbitkan pada bulan Ogos 1940 bertajuk Satu Lakaran Sejarah Brunei telah menulis: "menjelang awal abad ke-18, kerajaan (Brunei) telah dikurangkan wilayah oleh penyerahan kepada Sultan Sulu di utara ".
CA Majul dalam bukunya Penganut Islam di Filipina (1973) dirujuk berkaitan dengan sepucuk surat daripada Sultan Jamalul Azam Sulu kepada Gabenor Jeneral Sepanyol pada 17 September 1879 bahawa kawasan pantai dari Kimanis ke Balikpapan adalah untuk dibayar sebagai penghormatan kepada Sultan itu yang katanya dapat membuktikan bahawa wilayah Brunei telah diserah kepada Suluk.
Cukup menarik pula, Pehin Jamil Umar menulis dalam bukunya Tarsilah Brunei II: Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran (2007), menyangkal kesemua tuntutan di atas. Pehin Jamil tidak menafikan hakikat bahawa Kesultanan Sulu telah dijemput dan dijanjikan wilayah utara Brunei oleh Sultan Muhydin jika mereka membantu beliau memenangi perang saudara terhadap Sultan Abdul Mubin. Walau bagaimanapun, semasa pertempuran di Pulau Cermin, angkatan Sulu yang sepatutnya menyerang pulau tersebut dari Pulau Keingaran dan dari laut, tidak berbuat demikian. Mereka takut akan rintangan angkatan tentera Sultan Abdul Mubin di Pulau Cermin. Ia hanya selepas Sultan Muhydin telah memenangi pertempuran barulah pihak tentera Sulu mendarat dan mengambil peluang untuk merebut rampasan perang.
Menurut Pehin Jamil, Sultan Muhydin sendiri enggan untuk menyerahkan wilayah-wilayah yang dituntut oleh Sulu. Pehin Jamil berkata bahawa kawasan itu hanya "mendakwa" dan bukan "menyerahkan", sebagai mana Sir Stamford Raffles, dalam buku "Sejarah Jawa" (1830), telah diperhatikan "di utara-timur Borneo yang betul (Brunei) terletak wilayah yang sangat besar (Sabah), kedaulatan yang telah lama dituntut oleh Kerajaan Sulu".
Pehin Jamil seterusnya berkata bahawa mengikut tradisi lisan, Sulu terus menekan tuntutan mereka. Pada tahun 1775, salah seorang daripada ketua mereka telah datang ke Brunei berpura-pura untuk mendapatkan seteguk air. Apa yang mereka benar-benar mahu adalah untuk menghadap di hadapan Sultan Brunei mengenai tuntutan ke atas Sabah. Walau bagaimanapun, Sultan telah memerintahkan salah seorang wazir utama untuk melihat mereka dan dia telah mengugut bahawa jika mereka (Sulu) mahu meneruskan niat mereka, dia (Brunei) akan membunuh mereka semua. Apabila mendengar ugutan tersebut, wakil Sulu yang pengecut telah segera meninggalkan Brunei. Walaupun telah diberi amaran itu, Sulu terus mengekalkan tuntutan mereka.
Hujah bahawa Brunei tidak menyerah Sabah kepada Sulu disokong oleh LR Wright dalam buku Asal-usul British Borneo (1970). Dia menulis:"sesungguhnya, kesahihan tuntutan Sulu ke wilayah (Borneo Utara) adalah dalam keraguan yang besar sebahagiannya kerana ditidakan oleh catatan sejarah seperti tarsilas 'Selesilah', yang dalam kebanyakan kes adalah tidak lebih daripada legenda bertulis untuk meningkatkan status rumah diraja yang dihasilkan oleh mereka.
Sultan Brunei telah berjaya menafikan bahawa utara Borneo telah diberikan kepada Sulu, dan hanya waris tradisi Sulu sahaja yang menyokong tuntutan itu tetapi dilawan keras oleh tradisi Brunei ".
Tuntutan Sulu sedang kini terletak di atas perjanjian yang telah disebut pada awal artikel ini dan ditandatangani oleh Sultan Jamalalulazam Sulu yang melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan pada 22 Januari tahun 1878.
Tetapi pada awal artikel ini, terdapat, pada hakikatnya, satu lagi perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini oleh Sultan Abdul Mumin yang melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan, yang ditandatangani pada Disember 29hb tahun 1877.
Pada tahun 1877, Kesultanan Brunei kemudian masih percaya dan menegaskan bahawa wilayah itu pada hakikatnya masih di bawah jajahan Kesultanan Brunei.
Satu lagi dokumen yang menarik ialah Protokol Persetujuan Borneo Utara British tahun 1885 yang ditandatangani di Madrid, yang juga dikenali sebagai Protokol Madrid tahun 1885, yang mana satu salinan boleh didapati di laman web Peguam Besar Negeri Sabah.
Ia telah ditandatangani oleh British, Jerman dan Sepanyol yang merupakan kerajaan pendahulu di Filipina. Dua artikel yang paling penting adalah Perkara I British dan Jerman mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu dan Perkara III Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo.
Artikel ini bertujuan hanya untuk menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa lalu memberi kesan pada masa kini dan lebih-lebih lagi jika peristiwa masa lalu tidak begitu jelas seperti dalam kes ini.
Dipetik dari: The Brunei Times

Sunday, October 26, 2014

Perjuangan Generasi Muda Negara SABAH!!!


United Varsity Student of Borneo (UVSB): Kebangkitan Generasi Muda Negara Sabah

SABAH TANAH AIRKU

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

INILAH SEJARAH NEGERI SABAH YANG SEBENAR

Alangkah bagusnya jika cerita "kedai kopi" ini kita awali dengan tiga pertanyaan asas.
1. Bila sebenarnya Sabah ini merdeka?
2. Bagaimana Sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Tiga soalan asas ini WAJIB DIJAWAB dan DIKETAHUI umum khususnya rakyat negeri Sabah. Tanpa wujudnya niat untuk menimbulkan rasa sentimen kepada mana-mana pihak, kita perlu objektif dan berani mengakui tentang hakikat sejarah negeri Sabah kerana kitalah yang sepatutnya menceritakan perkara sebenar Sabah ini kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat luar.
Adalah menjadi satu pembohongan besar bagi para pemimpin negara ini khususnya, apabila tidak menjelaskan tentang fakta sejarah yang sebenarnya. Selama ini kita difahamkan melalui buku-buku pelajaran sejarah di sekolah tetapi sungguh disesalkan, mengapa tidak ditemukan tajuk tajuk sejarah yang berkaitan dengan Perkara 20, Hak dan keistemewaan kaum pribumi sabah dan perkara-perkara yang melibatkan Hak Sabah dalam Penggabungan Malaysia. Mengapa rakyat Sabah dibutakan daripada pengetahuan sejarah negeri yang sebenarnya? Adakah sejarah itu merupakan satu ancaman kepada ahli-ahli politik Negara ataukah memang di dalam sistem pemerintahan BN khususnya, terdapat unsur penjajahan minda yang bakal merosak pemikiran rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak?
Sebagai rakyat Sabah, dan rakyat Malaysia, ramai yang berpendapat bahawa sangat tidak wajar bagi kerajaan melakukan penyembunyian fakta ini. Bagaimana hendak menanamkan rasa nasionalis bangsa jika fakta tidak disampaikan secara telus? Bagaimana hendak melahirkan insan Malaysia yang patriotik jika sejarah negeri sendiri pun tidak faham hal sebenar? Untuk itu, mari kita kongsi bersama apa sebenarnya hakikat sejarah Negeri sabah. Sebelum itu sekali lagi admin tegaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu tentang fakta Negeri sabah dan tidak ada niat untuk sengaja menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.
1. Bila sebenarnya Negeri Sabah ini merdeka?
Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sekali lagi disebut, pada 31 Ogos 1963. Ketika menyambut hari bersejarah ini, antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gubernur Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi “ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.
Dalam ucapan mulia gubernur tersebut, dapatlah ditarik tiga inti utama iaitu:
i). Bermulanya pemerintahan sendiri;
ii). Kemerdekaan;
iii). Berakhirnya perjanjian, iaitu perjanjian dengan pihak British.
2. Bagaimana Sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
Selepas Sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Tawaran Tunku Abdul Rahman ini diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu DENGAN SYARAT bahawa harus ada 20 ISI PERJANJIAN antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin sabah yang mewakili seluruh etnik di Sabah. Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama PERJANJIAN 20 PERKARA, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa Sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani perseujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963. Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri sabah sendiri.
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Perlu anda ketahui bahawa, di dalam kandungan 20 Perkara, Sabah menurut Perkara 4 (1) dan Perkara 5(1) (a-b), menyatakan bahawa Sabah adalah Negara. Perkara 18 pula iatu tentang nama ketua negeri, disebut bahawa Nama Ketua Negeri ialah Yang Dipertuan Negara, bukannya Yang Dipertua Negeri. Oleh sebab itu, sejak sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 sampai 16 September 1963, Sabah adalah sebuah NEGARA. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya akhirnya Berjaya bergabung bersama lalu membentuk Kerajaan yang disebut MALAYSIA namun singapura tidak kekal dan bertindak keluar daripada Malaysia.
Inilah fakta sejarah Sabah. Kenapa para sejarawan negara kita tidak menyatakan perkara ini secara jujur dalam tulisan-tulisan mereka? Kenapa perlu disembunyikan? Kalau pihak Putra Jaya tidak dapat menerima hal ini, kenapa rakyat Sabah tidak diajak berbincang secara diplomasi untuk memperbaiki atau mencari kesepakatan bersama. Kenapa bila rakyat Sabah bercakap pasal Perkara 20 ini dianggap terlalu sensitif? Bahkan di zaman rejim Mahathir dulu, siapa cakap pasal Perkara 20 langsung disumbat dalam ISA. Waktu menandatangani Perjanjian ini dulu tidak dianggap sensitif, tapi kenapa sekarang rakyat Sabah minta dikaji semula hak-hak tersebut, lalu dianggap sensitif, malah lebih parah lagi bila rakyat sabah dibutakan daripada fakta sejarah negeri Sabah sendiri.
Sebagai rakyat Sabah, dan juga rakyat Malaysia, tidak salah rasanya jika admin menyeru kepada semua pihak, baik para pemimpin negeri dan juga pemimpin pusat, tolong jangan hipokrit dalam menyatakan kebenaran. Jangan juga menipu tentang hal sebenar. Ayuh!! Katakan saja sejujurnya…biar rakyat tahu tentang sejarah yang betul. Kami rakyat Sabah siap menerima segala bentuk perbincangan asalkan kami tidak dibohongi seperti ini. Mungkinkah ini yang disebut sebagai……penjajahan minda!!!!?
“Jangan sesekali menyimpan barang busuk, sekali waktu akan terhidu juga”