Alangkah bagusnya jika cerita "kedai kopi" ini kita awali dengan tiga pertanyaan asas.
1. Bila sebenarnya Sabah ini merdeka?
2. Bagaimana Sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Tiga soalan asas ini WAJIB DIJAWAB dan DIKETAHUI umum khususnya rakyat
negeri Sabah. Tanpa wujudnya niat untuk menimbulkan rasa sentimen kepada
mana-mana pihak, kita perlu objektif dan berani mengakui tentang
hakikat sejarah negeri Sabah kerana kitalah yang sepatutnya menceritakan
perkara sebenar Sabah ini kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat
luar.
Adalah menjadi satu pembohongan besar bagi para pemimpin
negara ini khususnya, apabila tidak menjelaskan tentang fakta sejarah
yang sebenarnya. Selama ini kita difahamkan melalui buku-buku pelajaran
sejarah di sekolah tetapi sungguh disesalkan, mengapa tidak ditemukan
tajuk tajuk sejarah yang berkaitan dengan Perkara 20, Hak dan
keistemewaan kaum pribumi sabah dan perkara-perkara yang melibatkan Hak
Sabah dalam Penggabungan Malaysia. Mengapa rakyat Sabah dibutakan
daripada pengetahuan sejarah negeri yang sebenarnya? Adakah sejarah itu
merupakan satu ancaman kepada ahli-ahli politik Negara ataukah memang di
dalam sistem pemerintahan BN khususnya, terdapat unsur penjajahan minda
yang bakal merosak pemikiran rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak?
Sebagai rakyat Sabah, dan rakyat Malaysia, ramai yang berpendapat
bahawa sangat tidak wajar bagi kerajaan melakukan penyembunyian fakta
ini. Bagaimana hendak menanamkan rasa nasionalis bangsa jika fakta tidak
disampaikan secara telus? Bagaimana hendak melahirkan insan Malaysia
yang patriotik jika sejarah negeri sendiri pun tidak faham hal sebenar?
Untuk itu, mari kita kongsi bersama apa sebenarnya hakikat sejarah
Negeri sabah. Sebelum itu sekali lagi admin tegaskan bahawa ini adalah
perkongsian ilmu tentang fakta Negeri sabah dan tidak ada niat untuk
sengaja menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.
1. Bila sebenarnya Negeri Sabah ini merdeka?
Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sekali lagi disebut, pada
31 Ogos 1963. Ketika menyambut hari bersejarah ini, antara
pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan
sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen,
Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan
lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gubernur Borneo
Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara
rasmi “ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia
menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta
berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.
Dalam ucapan mulia gubernur tersebut, dapatlah ditarik tiga inti utama iaitu:
i). Bermulanya pemerintahan sendiri;
ii). Kemerdekaan;
iii). Berakhirnya perjanjian, iaitu perjanjian dengan pihak British.
2. Bagaimana Sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?
Selepas Sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku
Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak
turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan
Persekutuan. Tawaran Tunku Abdul Rahman ini diterima oleh
pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu DENGAN SYARAT bahawa
harus ada 20 ISI PERJANJIAN antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana
Menteri ketika itu, dengan para pemimpin sabah yang mewakili seluruh
etnik di Sabah. Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama
PERJANJIAN 20 PERKARA, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat
mendasar serta sebab utama mengapa Sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul
Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani perseujuan bersama, maka
Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963.
Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’.
Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak
dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri sabah sendiri.
3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?
Perlu anda ketahui bahawa, di dalam kandungan 20 Perkara, Sabah menurut
Perkara 4 (1) dan Perkara 5(1) (a-b), menyatakan bahawa Sabah adalah
Negara. Perkara 18 pula iatu tentang nama ketua negeri, disebut bahawa
Nama Ketua Negeri ialah Yang Dipertuan Negara, bukannya Yang Dipertua
Negeri. Oleh sebab itu, sejak sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 sampai 16
September 1963, Sabah adalah sebuah NEGARA. Sabah, Sarawak, Singapura
dan Malaya akhirnya Berjaya bergabung bersama lalu membentuk Kerajaan
yang disebut MALAYSIA namun singapura tidak kekal dan bertindak keluar
daripada Malaysia.
Inilah fakta sejarah Sabah. Kenapa para
sejarawan negara kita tidak menyatakan perkara ini secara jujur dalam
tulisan-tulisan mereka? Kenapa perlu disembunyikan? Kalau pihak Putra
Jaya tidak dapat menerima hal ini, kenapa rakyat Sabah tidak diajak
berbincang secara diplomasi untuk memperbaiki atau mencari kesepakatan
bersama. Kenapa bila rakyat Sabah bercakap pasal Perkara 20 ini dianggap
terlalu sensitif? Bahkan di zaman rejim Mahathir dulu, siapa cakap
pasal Perkara 20 langsung disumbat dalam ISA. Waktu menandatangani
Perjanjian ini dulu tidak dianggap sensitif, tapi kenapa sekarang rakyat
Sabah minta dikaji semula hak-hak tersebut, lalu dianggap sensitif,
malah lebih parah lagi bila rakyat sabah dibutakan daripada fakta
sejarah negeri Sabah sendiri.
Sebagai rakyat Sabah, dan juga
rakyat Malaysia, tidak salah rasanya jika admin menyeru kepada semua
pihak, baik para pemimpin negeri dan juga pemimpin pusat, tolong jangan
hipokrit dalam menyatakan kebenaran. Jangan juga menipu tentang hal
sebenar. Ayuh!! Katakan saja sejujurnya…biar rakyat tahu tentang sejarah
yang betul. Kami rakyat Sabah siap menerima segala bentuk perbincangan
asalkan kami tidak dibohongi seperti ini. Mungkinkah ini yang disebut
sebagai……penjajahan minda!!!!?
“Jangan sesekali menyimpan barang busuk, sekali waktu akan terhidu juga”
No comments:
Post a Comment