Tuesday, October 28, 2014

Butiran Dakwaan Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?


Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia : Apabila disebut nama Malaysia, kita ada Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak barulah lengkap disebut nama “Malaysia”.
Tanpa bantuan kekayaan hasil mahsul negeri Sabah, Sarawak tidak ke mana Semenanjung Malaysia sebenarnya, begitulah sebaliknya. Maisng-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi biarlah berdasarkan kesepakatan, usaha dan kenikmatan bersama bukan hanya sekadar laungan sahaja
Baru-baru ini Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), Lina Soo mengemparkan Malaysia apabila mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa.
Siapa Lina Soo? Berita Semasa pun baru pertama kali mendengar nama ini. Tetapi atas dasar berpegang pada prinsip tidak melihat siapa yang mengatakan, tetapi lebih kepada memerhatikan dan manganalisa apa yang dikeutarakan & dilontarkan serta apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada kerajaan Malaysia, Berita Semasa memerhatikan satu demi apa yang ingin cuba disampaikannya.

Butiran Dakwaan Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?

  1. Perkara 18 SarawakPerjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata
  2. Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
  3. Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak
  4. 5 individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
  5. Perjanjian Malaysia 1963 telah melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Lawof Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).
  6. Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak
  7. Menurut UN Charter on Self-Determination Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo
  8. Manakala Britain telah pecah amanah apabila gagal menghormati Cession Treaty 1946 untuk memastikan kemerdekaan Sarawak ketika rakyat negeri itu bersedia untuk mentadbirnya.
  9. Asas pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna di mana Suruhanjaya Cobbold hanya bertemu 4,000 penduduk Sabah dan Sarawak dengan populasi 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat daripada orang ramai
  10. “bukti kecil” menunjukkan bantahan terhadap pembentukan persekutuan, meskipun ribuan membantah di Sarawak dan penahanan pemimpin anti Malaysia termasuk pengharaman akhbar Cina pada masa itu.
  11. Perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi sah meskipun ia seharusnya terbatal apabila pemisahan dengan Singapura pada 1965 berlaku tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak sekaligus berlakunya selepas itu pemindaan Perlembagaan Persekutuan pada 27 Ogos, 1967 untuk mengubah status Sarawak dan Sabah sebagai negeri ke-12 dan ke-13.
  12. Malaysia melanggar konsep asal pembentukan Persekutuan tiga negeri kepada kesatuan 13 negeri yang mana kuasa dan kemerdekaan dipegang oleh kerajaan pusat yang telah mberikan kesan kepada pelanggaran asas Perjanjian Malaysia 1963

Sumber : beritasemasa

No comments:

Post a Comment