Wednesday, October 29, 2014

SABAH SEBUAH NEGARA

Menelusuri alur sejarah panjang North Borneo/Sabah, memberikan kita semangat dan kekuatan untuk terus berjuang. Ini berdasarkan kepada fakta yang sahih daripada dokumen Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20 yang turut tercatat dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan semasa proses pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Malah jika mendengar perisytiharan Malaysia di Padang Merdeka, (Kota Kinabalu), yang diucapkan dalam Bahasa Inggeris, Kadazan dan Cina, jelas sekali disebutkan penggunaan Negara of Sabah. Jadi tidak syak lagi bahawa Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA yang sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia bukannya menyertai Malaysia sebagai sebuah NEGERI yang ke-12 seperti yang tercatit dalam Mykad sekarang ini. Sayang sekali dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah awam, MALAYSIA merdeka pada 31 OGOS 1957, sedangkan seluruh dunia tahu bahawa MALAYSIA baru sahaja dibentuk pada 16 SEPTEMBER 1963. Bagaimana pula merdeka sedangkan belum dibentuk?

Jika kita mengambil contoh United Kingdom (UK),misalnya,  yang merupakan 'tempat asal' penjajah British yang menjajah kita sedikit masa dulu, maka  terdapat kewajaran untuk kita mengatakan bahawa model Persekutuan Malaysia sebenarnya diaspirasikan daripada pembentukan United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern Ireland. Bermakna UK yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional Monarchy mempunyai 4 wilayah utama dengan berpaksikan satu Raja iaitu Queen Elizabeth. Apa yang menariknya, keempat-empat wilayah ini mempunyai kuasa autonomi sendiri. Contoh mudah, semua wilayah ini mewakili negara masing-masing dalam Bola Sepak Piala Dunia tetapi semasa sukan Olimpik, mereka akan bersama dalam UK. (Tajuk Perjanjian Malaysia begini : UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN AND NOTHERN IRELAND and FEDERATION OF MALAYA, NORTH BORNEO, SARAWAK AND SINGAPORE).
SUMBER : UVSB

No comments:

Post a Comment