OBJEKTIF
1. Untuk mendidik rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak tentang kebenaran di sebalik sejarah PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963, HAK Negara Sabah dan HAK Negara Sarawak MENGIKUT REFERENDUM 18/20 PERKARA.
2. Untuk meningkatkan kesedaran dan semangat Patriotisme dikalangan
rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak terhadap negara-negara
mereka (Sabah dan Sarawak). Justeru, mencetuskan semangat nasionalisme
terhadap negara sendiri yang telah lama berada dibawah penindasan dan
manipulasi Kerajaan Tanah Melayu (malaya) dan juga pemimpin tempatan
yang rosak.
3. Mengumpul 300,000 tandatangan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara
Sarawak untuk dikemukakan ke United Kingdom of Great Britain dan Northen
Ireland (UK) dan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa Negara Sabah dan
Negara Sarawak sudah tidak lagi berminat untuk terus berada sebahagian
daripada Persekutuan Malaysia bersama dengan Malaya.
MISI
Untuk mendapatkan Pengisytiharan Rasmi daripada The United Kingdom Great
Britain dan Northen Ireland (UK) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB), bahawa Negara Sabah (sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara)
dan Negara Sarawak (dahulu dikenali sebagai Kingdom of Sarawak) sudah
tidak lagi berminat untuk terus menjadi sebahagian daripada Persekutuan
Malaysia, dan seterusnya menjadi Negara yang benar-benar Merdeka dan
Berdaulat di Asia Tenggara yang bakal dikenali dengan nama "Republik
Negara Borneo Utara (Sabah)" dan "Republik Negara Sarawak".
Untuk mengaktifkan semula status Kemerdekaan Negara Sabah dan
Kemerdekaan Negara Sarawak yang telah diberikan oleh British sebelum
pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan demikian, akan benar-benar
dapat membangunkan negara-negara ini menjadi antara negara-negara yang
maju di Asia Tenggara.
SUMBER : SSKM
No comments:
Post a Comment