Saturday, November 1, 2014

20 Perkara itu adalah tidak relavan lagi?

Sememangnya inilah yang benar-benar berlaku. Mereka mengatakan bahawa 18 & 20 Perkara itu adalah tidak relavan lagi. Ini secara tidak langsung, mereka mengatakan bahawa semua perkara-perkara yang terkandung dalam memorundum tersebut sudah tidak relaven.

Ini bermaksud, ia merangkumi Perkara 7 yang menyatakan bahawa Negara Sabah dan Negara Sarawak "Tidak seharusnya mempunyai hak berpisah daripada Persekutuan."

Dengan mengatakan bahawa ia tidak lagi relaven, ia membawa maksud bahawa Perkara 7 juga tidak relaven dan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mempunyai HAK untuk Berpisah.

Apabila ia berlaku, pemimpin-pemimpin malaya termasuk barua malaya di Negara Sabah dan Negara Sarawak terus mengungkit Perkara 7. Mereka mahu Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sarawak untuk PATUH terhadap Perkara tersebut tetapi satu persoalan yang perlu dijawab... Adakah Perkara-Perkara selain daripada Perkara 7 itu dipatuhi oleh mereka? Jikalau TIDAK, maka jangan bermimpin untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk PATUH terhadap Perkara 7.


Maklumat mengenai ini adalah berdasarkan kepada kefahaman dahulu. Namun kini, satu penemuan fakta telah ditemui untuk menguatkan lagi perjuangan SSKM iaitu Hak untuk Berpisah sememangnya HAK MUTLAK BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK.

Ini kerana Lord Lansdowne, Pengurusi Suruhanjaya yang merangka Perlembagaan mengatakan...

"Saya ingin menambah bahawa sebagai perlindungan tambahan terhadap apa-apa tindakan cadangan telah dibuat bahawa hak untuk menarik diri dari Persekutuan hendaklah ditulis ke dalam Perlembagaan.

Cadangan ini tidak diterima oleh Tuan Lansdowne, Pengerusi Suruhanjaya, atas sebab bahawa mana-mana Negara yang menyertai persekutuan secara sukarela mempunyai hak intrinsik untuk menarik diri mengikut kemahuan mereka bila-bila masa, dan oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam Perlembagaan."

Sekarang, pihak kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia berusaha untuk menafikan akan perkara ini. Tidak lupa juga barua-barua malaya yang terdiri daripada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak sendiri yang sedang dan berusaha untuk mengkhianati Perjuangan Bangsa Borneo ini.

Tetapi untuk anda semua, jangan risau kerana pihak SSKM yang bernaung dibawah Sabah Sarawak Union (SSU)-UK telah bersedia untuk membawa Perjuangan ini bersama-sama dengan Barisan Kepimpinan Nasionalis-Nasionalis daripada NGO-NGO Borneo.

Kerajaan daripada Negara-negara luar sedang mengikuti perkembagan dan perjalanan Perjuangan Pergerakan Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak setiap hari. Itu adalah realiti.

Atas sebab itulah setiap perjalanan ini direkodkan agar dapat dibukukan untuk difahami oleh Generasi Masa Depan supaya mereka mengetahui bahawa Generasi-generasi yang wujud pada hari ini iaitu anda semua telah dan bersusah-payah untuk berjuang demi Masa Depan mereka.

Tidak lupa juga untuk mereka (Generasi Masa Depan) mempelajari daripada "mereka-mereka" (barua-barua malaya) yang berusaha untuk menghentikan perjuangan ini agar mereka faham bahawa akan wujud golongan ini dikalangan mereka yang akan menghancurkan masa depan generasi mereka jikalau mereka leka dan tidak berhati-hati dalam mentadbir Negara dengan baik.

Jikalau mesej ini sangat jelas untuk anda fahami, sila sebarkan...

No comments:

Post a Comment