Thursday, December 11, 2014

MADE IN MALAYA DI SABAH

1. SESUNGGUHNYA, kehancuran identiti nasional Sabah dari tendensi IC Projek Malaya tidak dapat tidak akan membinasakan generasi Sabahan yang akan datang.

2. Lantaran itu, IC Projek Malaya di Sabah adalah perbuatan yang paling sadis, suatu serangan yang paling kejam terhadap generasi Sabahan yang akan datang, yang juga mungkin paling diingati dalam sejarah Sabah zaman-berzaman.

3. Dalam erti kata lain, IC Projek adalah plot terbesar ekspedisi Malaya untuk menghancurkan identiti nasional Sabah, yang bagi saya ia akan meninggalkan penyesalan abadi.

4. Justeru, pengamal politik Sabah, yang mendewa-dewakan parti-parti politik ‘Made In Malaya’ di Sabah, yang mendaulatkan ketuanan Malaya di Sabah, secara benarnya mereka adalah pencipta-pencipta menu dari makanan iblis untuk dihidangkan kepada generasi Sabahan yang akan datang.

5. Yang demikian, dalam paradigma ringkas ini, saya ingin menegaskan, bahawa kemakmuran dan kesentosaan Sabahan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan sendiri tidak boleh datang dari luar.

6. Oleh itu, Sabahan tidak boleh tidak, mesti belajar untuk memahami perjuangan politik sendiri, yang membolehkan Sabahan mengumpul kekuatan pada kekuatan idealistik seluruh Sabah.

7. Selama ini, Sabah sudah terlalu banyak membuat pengorbanan demi kewujudan dan keamanan Malaysia, tetapi pengorbanan Sabah tidak pernah dihormati untuk dihargai, melainkan menambah koleksi kepentingan Malaya di Sabah dengan mencabul Perkara 20 dan mengkhianati Perjanjian Malaysia 1963.

8. Yang demikian, Malaya bukan lagi ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’ dalam Malaysia, melainkan penyangak yang tidak bertanggungjawab dalam Malaysia.

9. Lantaran itu, Perjanjian Malaysia telah menjadi ikrar yang patah; janji yang patah secara besar-besaran. Ikrar dan janji yang tidak pun dipenuhi akhirnya, dan apa yang Malaya telah lakukan kepada Sabah? Sabah dirompak, Sabah dieksploitasi sehingga menjadi termiskin dalam Malaysia.

10. Dalam erti kata lain, pencabulan dan pengkhianatan Malaya terhadap Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963, tidak syak lagi, ia adalah penganiayaan terbesar dan paling keji terhadap ‘Kedudukan, Hak dan Masa Depan Sabah’ dalam pembentukan Malaysia 1963.

11. Oleh itu, jika Sabah mahu menggapai impian kemenangan muktamad di langit harapan baru kedaulatan bernegara, maka seluruh nasionalis Sabah hendaklah bergabung menjadi satu unit tunggal yang baru. Seluruh rakyat Sabah juga hendaklah bersatu dalam konteks mengatasi semua prasangka agama dan kaum.

12. Akhirnya, seluruh rakyat Sabah harus sedar akan fakta, bahawa tugas untuk mempertahankan identiti nasional dan membina semula harapan baru Sabah yang dinamik dan sentosa, tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab pelangi citra hati nurani para genius dan cendekiawan, negarawan dan nasionalis yang hebat sepanjang zaman; atas kehendak bersama seluruh rakyat Sabah dengan jujur dan setia kepada tradisi leluhur Sabahan silam untuk dihantar kepada generasi Sabahan yang akan datang dengan selamat.

Bangkit kamu!
Selamatkan Sabah!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=886935001325779&set=o.335090303199724&type=1&theater

Tuesday, December 9, 2014

Mesej Penting untuk Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak

Setelah empat tahun yang juga bakal memasuki tahun kelima dalam perjuangan ini, perkembangan kefahaman dan penerimaan ideologi perjuangan SSKM semakin rancak dan telah mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat yang berbeda ideologi kefahaman politik. Tidak salah jikalau saya katakan bahawa perjuangan SSKM ini juga telah mampu satukan semua rakyat dikedua-dua negara sebagai satu entiti Bangsa Borneo. Yang lebih menariknya lagi, kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia kini sudah kian tergugat dengan segala pendedahan yang telah menelanjangkan sepenuhnya penipuan dan kekotoran politik mereka yang selama ini telah disokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan. 
Kita semua telah sedia maklum bahawa pemimpin malaya kini sedang berusaha untuk melenyapkan suara dan sentimen kebangkitan Nasionalisme di Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui tindakan mereka memutuskan untuk mengekalkan akta hasutan 1948. Dengan itu, kita perlu membuat keputusan yang mustahak sekarang untuk diputuskan. Pertama, adakah kita mahu terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya yang didokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang selama ini telah dilakukan keatas kita selama 51 tahun? Adakah kita mahu merelakan diri, keluarga, keturunan dan generasi bangsa kita untuk terus diperlakukan sedemikian untuk 50 tahun lagi? Atau kita lakukan satu revolusi kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya secara demokratik melalui tuntutan hak mutlak kita sebagai sebuah Bangsa yang Merdeka dan berdaulat agar generasi dan keturunan kita dapat menikmati kehidupan dibawah pemerintahan Kerajaan Tempatan yang adil dan saksama tanpa perlu lagi berasa takut dengan pemerintahan malaya yang pada waktu itu negara kita sudah bebas daripada persekutuan malaysia dengan malaya. Dimanakah pilihan dan pendirian anda?
Jikalau anda mahu memilih untuk terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya, ya, anda akan selamat. Anda tidak akan diapa-apakan. Tidak berlaku penangkapan dan anda boleh teruskan kehidupan anda seperti biasa sebagai bangsa yang terjajah secara halus melalui mental dan fizikal. Dan anda selamanya tidak akan miliki kekuatan untuk menegur mahupun menunjukkan penentangan secara terang-terangan kepada pemerintahan malaya biarpun anda tahu mereka zalim dan tidak adil. Apabila anda sudah tua, anda akan meninggalkan amanat kepada keturunan anda untuk turut sama mengikut langkah anda. Dalam erti kata lain, anda merelakan diri dirogol oleh perogol siang dan malam tanpa sebarang tindakan untuk mempertahankan diri mahupun menghentikan tindakan jahat, hina dan kotor tersebut. Akhirnya hidup anda berakhir dengan satu tragedi yang akan ditutup daripada pengetahuan umum seperti mana yang telah dilakukan kepada pemimpin-pemimpin Nasionalis Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak kita dahulu. Anda lawan malaya, hidup anda akan berakhir. Patuh kepada malaya, anda akan hidup dan meninggal semasa usia tua di katil atau mungkin disebabkan penyakit.
Atau anda BANGKIT sekarang dengan berani bersama-sama dengan yang lain, berdiri teguh kepada pendirian dalam perjuangan untuk mengatakan  kepada kerajaan menyamar itu bahawa mereka boleh mengancam nyawa, keluarga mahupun generasi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, tetapi mereka tidak mampu mengugat walau seinci pun semangat yang membara didalam diri Bangsa Borneo untuk berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan Kedaulatan daripada penjajahan jijik, hina dan kotor malaya ini. Perjuangan ini juga tidak meminta seinci pun tanah mahupun hak malaya tetapi hanya ingin mengambil sepenuhnya hak Bangsa Borneo tanpa sebarang syarat daripada genggaman malaya. Jikalau rebah ke bumi, biarlah rebah sebagai seorang pejuang dan tidak sesekali sebagai pengkhianat Bangsa dan Negara. Tetapi dalam perjuangan ini, bukan nama yang menjadi rebutan tetapi nasib bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak itu yang menjadi misi utama yang mesti diperjuangkan tanpa sebarang alasan.
Kita bukan tidak pernah memiliki sebuah negara, matawang, mahupun pertahanan negara. Semuanya kita pernah miliki dahulu. Namun perkara tersebut dihilangkan daripada genggaman tangan bangsa kita. Kita tidak akan sesekali merampas hak orang lain tetapi apa yang kita sedang lakukan sekarang adalah hanya untuk mengambil balik kesemua hak milik Bangsa kita kerana hak tersebut bukan milik malaya! Milik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak!
Politik
http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.co.uk/2014/12/mesej-penting-untuk-bangsa-negara-sabah.html

Friday, December 5, 2014

Alasan tidak sama taraf kerana keluasan tidak sama

Pembangunan yang TIDAK sama TARAF untuk Sabah dan Sarawak berlaku disebabkan KELUASAN KAWASAN atau GEOGRAFI yang tidak sama dengan SEMENANJUNG MALAYSIA adalah alasan yang TIDAK tepat dan TIDAK logik untuk difikirkan.

Alasan itu TIDAK logik dan TIDAK terpakai untuk pemimpin yang berpandangan JAUH dan POSITIF (Yang IKHLAS berjuang untuk rakyat) tanpa dipengaruhi oleh sebarang keputusan NEGETIF daripada mana-mana PIHAK untuk melongkangkan SABAH dan SARAWAK.
Memang TIDAK LOGIK bagi pemimpin yang benar-benar KOMITED dengan tugas kepimpinannya kerana mereka HARUS MELAYANI dan mendengar SUARA RAKYAT dengan teliti serta menyelesaikan  masalah mengikut KEPIMPINANnya.
TETAPI alasan itu LOGIK untuk PEMIMPIN yang MAKAN DUIT RAKYAT dan menerima RASUAH daripada orang-orang tertentu (Pemimpin, rakyat), PEMIMPIN yang hanya mementingkan diri sendiri dan memang TIDAK LAYAK digelar sebagai pemimpin.

Dan LOGIK bagi pemimpin yang MUNGKIN TIDAK PERNAH dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin , DILAYANI dan mengharapkan RAKYAT memberikan sanjungan kepadanya tetapi TIDAK PERNAH menghormati SUARA RAKYATnya sendiri. Mengapa Sabah dan Sarawak tidak MENDAPAT layanan dan keperluan PEMBANGUNAN yang SAMA RATA didalam MALAYSIA? Sebab kawasan Sabah dan Sarawak sangat BESAR? Sebab BENTUK MUKA BUMI SS BULAT dan BERJERAWAT seperti di BULAN? BESAR atau KECIL kawasan Sabah dan Sarawak bukanlah ALASAN untuk TIDAK dapat memberikan layanan yang sama TARAF didalam MALAYSIA. 
Jika TIDAK dapat MEMERINTAH kawasan yang KECIL, mengapa PULA BERIA-IA MENGAMBIL Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN MALAYA?  Jika MALAYA TIDAK SANGGUP memikul TANGGUNGJAWAB didalam PERKARA yang KECIL, mengapa pula BERIA-IA mahu memikul TANGGUNGJAWAB yang besar? Kawasan yang KECIL tidak dapat DITADBIR, apa lagi dengan kawasan yang BESAR? INI dinamakan TAMAK.
 Jangan MERUJUK kepada besarnya kawasan SABAH dan SARAWAK untuk diberi layanan yang sama rata sebab HAMPIR SEMUA DAERAH  yang KECIL atau KAWASAN di SS TIDAK mendapat LAYANAN yang SAMA TARAF , MALAHAN TANAH DIRAMPAS untuk TUJUAN PEMBANGUNAN. (Sekarang sudah 51 tahun).
Manakah yang LEBIH PENTING, RAKYAT atau PEMBANGUNAN? Jika RAKYAT DIBELAKANGKAN, PEMBANGUNAN pun AKAN RUNTUH dengan sendirinya sebab hak mereka DIRAMPAS. JIka RAKYAT DIDAHULUKAN, sudah pasti RAMPASAN TANAH TIDAK akan berlaku. 
SUMBER manusia di abaikan dan DI LONGKANGKAN demi untuk PEMBANGUNAN. Adakah ini satu TEKNIK atau cara bagaimana untuk MELUPUTKAN SEJARAH sebenar penduduk SS?
Rampasan tanah didahulukan, HAK dan MARUAH rakyat dibelakangkan. 

http://sabahandsarawakrights.blogspot.com/2014/12/alasan-tidak-sama-taraf-kerana-keluasan-tidak-sama.html

Tuesday, December 2, 2014

SEDICTION ACT 1948>BUKAN SENJATA UNTUK TERUS MEMERINTAH!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengistiharkan bahawa Akta hasutan tidak akan dimansuhkan malahan
diperkukuhkan lagi. Dia akan memberi jaminan kepda kaum-kaum lain terutama yang berkaitan dengan agama supaya terus dijaga
selari dengan prinsip demokrasi yang ada di Malaysia.
>>>APA DEMOKRASI sekiranya ADA AKTA PENGECUT tersebut???

Beliau berjanji semasa makan malam di Jabatan Peguam negara yang bertarikh 11 Julai 2012 yang mana Akta Hasutan itu
harus dihapuskan. Saya tidak pasti apakah jenis janji yang beliau miliki. Mungkin saya kategorikan janji
beliau sebagai janji MELAYU , manakala di pihak lain mungkin mengatakan JANJI kaling?
.....BUHUNG SAJA TOMBIRANG SAJA JANJI MELAYU KAH JANJI KALING????

Walaubagaimanapun, Akta Hasutan 1948 hanya digunakan di Persekutuan Tanah Melayu tetapi tidak di Sabah dan Sarawak.Akta hasutan ialah mainan satu usaha untuk
menentang pihak lawan untuk menakut-nakutkan tentangannya. Samada akta ini diharuskan atau se
baliknya, ia pasti akan menjadi akta ketakutan kepada orang lain
dan mereka yang terdedah dengan akta ini, barangkali merasa ketakutan dan tiada keharmonian didalam negara. Jika akta ini hanya menakut-nakutkan penentangnya, ini bermakna akta hasutan ini tidak menjaga keharmonian negara tetapi lebih kepada agenda politik semata-mata.


tetapi Niat kerajaan tetap mahu kasi kekal konon ini AKTA..
dengan sekali GUS mahu buat pindahan dan Tokok tambah serta akan
dikuatkuasa ke atas mereka yang cuba menghasut Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 
nampak disitu kerajaan sudah bagagar dengan SUARA rakyat SS"...

tapi yang saya sangat kelucuan>>belum lagi lulus tu pindaan dan aktif lagi>>ada sudah tanda-tanda itu akta akan diaktikan semula..contoh ni bah>>
kerajaan sudahpun kasi SEKAT/blocked tu Laman rasmi SSKM bah..hahhaha..>>takut lah tu rakyat SS tahu kebenaran dan terus menyokong..

saya pernah dengar pembentangan mp dari kuching sarawak yang menyentuh pasal ini SSKM bah..dia mencadangkan jangan Halang rakyat untuk menyuarakan keinginan mereka(sabah dan sarawak) untuk mengadakan REFERUNDUM...>>apa TINDAKAN kerajaan sama ini SUaRA? adakah kerajaan membiarkan  rakyat SS lakukan REFERUNDUM atau kerajaan akan menunaikan HAsrat rakyat contoh>permintaan royalty minyak dinaikkan ke 20%>supaya SS boleh memajukan lagi tanah borneo itu...>>banyak kali sudah bah ini isu minyak ini...berpuluh tahun sudah MENGEMIS sama itu kerajaan MALAYA...kesian saja suara tidak kana DINGaR...
  • Kempen dan penyebaran faktah sejarah yang benar kepada rakyat sabah khas>>>adakah ini HASUTAN????
  • membawa sabah keluar dari ketidakadilan dan pembohongan kerajaan malaya>>dimana malaya yang menyamar sebagai malaysia>>adakah ini HASUTAN???  
Kita meminta Rakyat Sabah dan Sarawak tuntut keluar Persekutuan Tanah Melayu - ini disebabkan Perlembagaan mentafsirkan Persekutuan sebagai Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 - Sabah dan Sarawak tidak pernah menandatangani Perjanjian 1957 ini, Sabah dan Sarawak hanya menandatangani Perjanjian Malaysia 1963...

Monday, December 1, 2014

PEMBEBASAN RAKYAT BORNEO DARI PENINDASAN MALAYA


1. PENAKLUKAN tanpa pengisytiharan penjajahan adalah kemuncak tertinggi dari ketuanan atau dominasi kuasa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang merdeka pada 31 Ogos 1957 ke atas Sabah dan Sarawak (Borneo), yang bagi Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dari penjajah yang sama, iaitu United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland.

2. Sesungguhnya, penguasaan Malaya ke atas Borneo terang dan nyata telah melampaui batas perjanjian tentang persetujuan dan jaminan kedudukan sama taraf antara Borneo dan Malaya dalam Malaysia, di samping hak bagi Borneo atau negara masing-masing, iaitu Borneo dan Malaya untuk menentukan nasib sendiri dalam Malaysia.

3. Lantaran itulah, maka pelanggaran Malaya terhadap perjanjian penubuhan Malaysia adalah pengkhianatan kotor dan sekaligus menghancurkan harapan-harapan manis tentang apa itu kedaulatan kemerdekaan Borneo dalam Malaysia. Yang demikian, Malaya telah membuatkan bangsa-bangsa Borneo laksana anjing berkepala busuk dalam Malaysia. Pada hal, Malaysia itu wujud kerana faktor Borneo dan kalau bukan kerana faktor Borneo, nescaya Malaysia tidak wujud.

Monday, November 24, 2014

Proxy Websites To Access Blocked Websites

BERMACAM CARA PIHAK -PIHAK YANG TAKUT AKAN KEBANGKITAN RAKYAT SABAH SARAWAK,UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA..ANTARANYA ADALAH MEREKA TELAH MENYEKAT HALAMAN RASMI SSKM..DAN INI PERKARA@PERBUATAN YANG MEMALUKAN!MARI KITA TERUSKAN PERJUANGAN...PERJALANAN MASIH JAUH DAN BELUM SELESAI!!!!!!!!!GO...GO...SSKM!!

cara 1
banyak cara mahu lepas dari sekatan ISP mahupun sekatan dari SKMM>>dibawah adalah antara website yang boleh dilayari dan terus access web yang disekat tersebut
masuk salah satu URL dibawah dan ikut step diberi untuk access web yang disekat..
http://www.fitnessgym.co.cc/
http://www.hidemyass.com
http://www.anonymizer.com
http://www.wujie.net
http://www.ultrareach.net
http://surfshield.net
http://www.guardster.com/subscription/proxy_free.php
http://anonymouse.ws/anonwww.html
http://www.browser-x.com
http://www.spysurfing.com
http://www.xerohour.org/hideme
http://www.proxyz.be
http://www.sc0rian.com/prox
https://www.proxify.us
http://kproxy.com/index.jsp
http://www.brawl-hall.com/pages/proxy.php
http://www.proxify.net
http://proxy.computersteroids.com/index0.php
http://www.unipeak.com
http://flyproxy.com
http://alienproxy.com
http://proxify.com/
http://www.unfilter.net
http://www.proxymouse.com
http://www.surfonym.com/cgi-bin/nph-proxy
http://www.superproxy.be/browse.pl
http://www.websiteguru.com/mrnewguy
http://www.letsproxy.com
http://www.fsurf.com
http://indianproxy.com
http://Boredatschool.net
http://www.ibypass.org
http://www.ipzap.com/
https://proxify.biz
http://kproxy.com/index.jsp
http://www.attackcensorship.com/attack-censorship.html
http://mrnewguy.com
http://www.evilsprouts.co.uk/defilter

http://www.proxify.info
http://www.torify.com

http://www.switchproxy.com
http://www.proxifree.com
http://www.secure-tunnel.com/
http://www.proxify.cn
http://www.arnit.net/utilities/webproxy/new
http://www.proxify.co.uk
http://www.betaproxy.com
http://www.proxify.org
http://www.proxychoice.com
http://www.proxysnail.com
http://www.anonypost.com
http://www.thestrongestlinks.com
http://www.hujiko.com
http://www.anonproxy.info
http://www.peoplesproxy.com
http://www.freeproxy.us
http://www.proxyweb.net
http://www.nopath.com
http://urlencoded.com
http://www.pole.ws
http://www.browseany.com
http://www.spiderproxy.com
http://www.clickcop.com
http://www.sneakysurf.com
http://www.mywebtunnel.com
http://www.thewebtunnel.com
http://www.3proxy.com
http://www.yourfreeproxy.com
http://www.proxy7.com
http://www.fireprox.com
http://www.stupidcensorship.com
http://www.letsproxy.com
http://www.sneak2.com
http://www.cecid.com
http://www.freeproxy.ca
http://www.ibypass.org
http://www.goproxing.com
http://www.projectbypass.com/
http://www.ipsecret.com
http://www.nomorelimits.net
http://www.proxify.de
http://www.bywhat.com
http://www.snoopblocker.com
http://www.anonymizer.ru
http://www.proxyking.net/
http://www.perlproxy.com
http://www.proxylord.com
http://tntproxy.com
http://satanproxy.com
http://zombieinvasion.info
http://www.myfreeproxy.com
http://www.gezcem.com/nph-proxy.pl.old
http://mpleger.de
http://www.the-cloak.com/login.html 

 cara 2
FIX DNS>>
Clear your local DNS cache to make sure that you grab the most recent cache that your ISP has. For Windows - (Start > Command Prompt >
type "ipconfig /flushdns" and hit enter)

 


cara 3  >>paling senang~
 http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.com/
tukarkan tulisan warna merah antara salah satu dibawah
>> co.uk 
>> ru
>> de
>> sg 
>> in 
>> jp
 <<atau masuk saja mana link di bawah>>
http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.co.uk/
http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.ru/
 

cara 4

 Sila ikut step by step cara tukar DNS.
tukar dns 1
1. Tekan button Windows, klik pada control panel.
tukar dns 2
Dalam Control panel, cari Neywork and Internet dan klik pada bawahnya “View Network Status and Tasks”
tukar dns 3
Klik pada Local Area Connection
tukar dns 4
Klik pada properties
tukar dns 6
Gunakan DNS dari Google. Isi 8.8.8.8 pada Preferred DNS dan 8.8.4.4 pada Alternate DNS. Kemudian klik ok.

UNTUK PENGGUNA ANDROID YANG MELANGGAN MOBILE DATA>>
anda boleh download dan install ini APP ~ SUPER VPN

<<ANTARA CARA YANG LAIN LIHAT LINK DIBAWAH>>

 

unblock a website using command prompt
1st Trick
1- Open the command prompt
2- Ping the website you want to unblock by typing "ping www.website.com" without the ""
3- Copy the IP next to "Reply From"
4- Paste the IP into your address bar.


2nd Trick
1- Open command prompt and notepad.
2- Write "ping localhost" without the "" into the command prompt.
3- Copy the IP into the notepad file, hit tab and write localhost
4- Ping the website you want to unblock in the command prompt, as in "ping www.website.com" without the ""
5- Copy the IP of the site into the notepad file, hit tab and write the link to the site, without http://, as in "www.google.com"
6- Hit enter and repeat step 5, should look like this

00.00.0.00 localhost
000.000.00.00 www.website.com
000.000.00.00 www.website.com

7- Save the notepad file into your desktop as "host." with the "", if it wont let you just leave it as host. with the "."
8-Go to My Computer>Your Hardrive>WINDOWS>system32>drivers>ect and drag the notepad file into that folder

(hexheartz)

  Google Public DNS IP addresses

The Google Public DNS IP addresses (IPv4) are as follows:
8.8.8.8
8.8.4.4
The Google Public DNS IPv6 addresses are as follows:
2001:4860:4860::8888
2001:4860:4860::8844
SElepas update IPV4, tutup internet atau restart computer,check>>CMD . type ipconfig/all hit enter>>
 
Selepas menukar DNS, Pastikan CLEAR Cookies dan seperti yg tertera di bawah
   
disconect internet>>restart browser>>start surf internet  
>> INI ADALAH ANTARA YANG MUDAH...DAN BANYAK LAGI.........NANTI SAYA AKAN TERUS MEMBERI PERKONGSIAN DI LAIN HARI.. >>

Sunday, November 23, 2014

MALAYSIA hanya ditubuh atas persetujuan Perjanjian malaysia 1963 (MA63)bersama MALAYA>>SARAWAK>>SABAH>>SINGAPURA(OUT1965)

KITA BUKAN MASUK MALAYSIA TAPI KITA BENTUK MALAYSIA>>APA YANG MAHU DIMASUK KALAU MALAYSIA ITU BELUM WUJUD..

DAN JUGA HARUS DIKAJI BERKAITAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
(31-OGOS-1957)>>MALAYSIA HANYA WUJUD PADA 16 SEPTEMBER
1963
>>INI ADALAH HARI MALAYSIA DAN BUKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA..
KEMERDEKAAN YANG HARUS DISAMBUT ADALAH KEMERDEKAAN WILAYAH WILAYAH ATAUPUN NEGARA - NEGARA YANG MEMBENTUK MALAYSIA IAITU;;
>>MALAYA MERDEKA PADA 31 OGOS 1957
>>SARAWAK MERDEKA PADA 22 JULAI 1963
>>NORTH BORNEO (SABAH) MERDEKA PADA 31 OGOS 1963
>>HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963

KESIMPULANNYA>>MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH DAN MERDEKA!!
NEGARA BEKAS JAJAHAN DAN SUDAH MERDEKA ADALAH>>
>>TANAH MELAYU@MALAYA
>>SARAWAK
>>SABAH

KENAPA FAKTAH SEJARAH INI DIPUTAR BELIT??
RAKYAT HARUS TAHU/MENGENAL SEJARAH TANAH KELAHIRAN MEREKA YANG SEBENAR!!

AYUH RAKYAT SABAHANS KHASNYA>> KITA TUNTUT SEJARAH SABAH DAN
SEJARAH PEMBENTUKKAN MALAYSIA HARUS DIKEMBALIKAN/DI BETULKAN!!
>>JANGAN TIPU FAKTAH BENAR
>>SEJARAH TIDAK BOLEH DIBISUKAN
>>SEJARAH LIDAH KEBENARAN

Friday, November 21, 2014

BR1M ADIL KAH ?TIDAK ADIL KAH?



Dengar sahaja br1m -mesti duitlah bah kan..
tapi adakah br1m(bantuan rakyat satu malaysia) itu ADIL dan TELUS dilaksanakan?
dulunya saya sangkakan bantuan untuk semua rakyat malaysia..
saya kurang bersetuju dengan bantuan rakyat 1 malaysia (br1m) yang umpamanya pilih bulu..kenapa harus dilaksanakan sekiranya tidak dapat memenuhi permohonan rakyat?
ada juga saya dengar ia adalah hanya diannggap sebagai rasuah-kerna untuk terus mdpatkan br1m rakyat harus terus percaya sama ini kerajaan BN??
adakah kerajaan akan bersetuju bahawa yg pgundi pembangkang yg dikenalpasti tidak layak mdapatkan br1m boleh dikecualikan drpd dikenakan GST?
HAPUSKAN BR1M-
br1m dinaikkan-minyak dinaikkan?
atau GST dilaksanakan untuk menampung bajet BR1M?
pandangan ikhlas saya-
brim dihapuskan digantikan dengan penyelenggaraan jalan sertamasih banyak parit yang tertimbus..
bukankan ia lebih baik ditambah ke dalam bajet ini untuk sungguh menengani masalah yg sudah sekian lama dan masih berulang..
ini lebih adil berbanding br1m yg hanya ada hadnya..
tapi memang sedia maklum bagi segelintir orang br1m itu adalah baik juga..
tapi mereka tidak akan fikir bahawa bajet itu adalah cuma menambahkan lagi gangguan ekonomi negara..dahulunya tiada br1m sama sahaja yang sekarang mempunyai br1m..
lebig bagus lagi sekiranya bajet br1m ini juga ditambah ke sekolah - sekolah di seluruh negara..saya tahu setiap sekolah dahagakan perkhidmatan yang baik lagi..
 

MALAYA TIDAK TAHU ERTI MALU

1. Kenapa Malaya bertindak di luar bidang kuasa Perjanjian Malaysia 1963? Kenapa Malaya berbohong dengan mengatakan Malaysia merdeka pada pada 31 Ogos 1957 sedangkan Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963?

2. Kalau Malaya tidak berbohong yang kononnya Malaysia sudah wujud dan merdeka pada 31 Ogos 1957 kenapa Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura perlu bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia pada 16 September 1963? Sungguh-sungguhlah Malaya negara yang tidak tahu erti malu!

- Naspazi (21 November 2014)

PERJANJIAN MALAYSIA ATAU MA63

Malaysia Agreement (1963)

Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore

Agreement relating to Malaysia

Drafted ======== : 15 November 1961
Signed ======== : 9 July 1963
Location ======= : London, United Kingdom
Sealed ======== : 31 July 1963
Effective ======= : 16 September 1963

Signatories

Government of United Kingdom
Government of Malaya
Government of North Borneo
Government of Sarawak, and
Government of Singapore
Registered Nr. I-10760

Agreement relating to Malaysia between United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore (1963)

Sunday, November 16, 2014

KABINET TERAKHIR ARWAH TUN MUSTAPHA 1975

TUN MUSTAPHA MANGSA KONOTASI MAHU JADI SULTAN SABAH

SESUNGGUHNYA perangai busuk gerombolan songkok tinggi melayu UMNO dalam merompak 95% hasil kekayaan Sabah begitu sadis dan kotor.

Bahkan, gerombolan songkok tinggi melayu UMNO tergamak mencipta konotasi keparat yang kononnya Tun Datu Mustapha seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan bercadang hendak menabalkan dirinya menjadi Sultan Sabah pada tahun 1975.

Pada hal, Tun Datu Mustapha hanya tidak bersetuju dengan ketamakan, kerakusan dan keserakahan gerombolan songkok tinggi melayu UMNO yang hendak memunggah, mengaut dan merompak 95% hasil kekayaan Sabah ke Malaya atas nama Malaysia.

Yang demikian, Tun Datu Mustapha dijatuhkan oleh perangkap politik konotasi keparat gerombolan songkok tinggi melayu UMNO, dan rentetan darinya tidak diberi penghormatan sebagai antara negarawan yang membentuk Malaysia pada 16 September 1963 di hari kemangkatan arwah pada tahun 1995 akhirnya.

SUSUNAN KABINET TERAKHIR ARWAH TUN MUSTAPHA 1975

TUN DATU HAJI MUSTAPHA
Ketua Menteri Sabah
https://www.facebook.com/login.php?next=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnotes%2Fnaspazis-channel%2Fkabinet-terakhir-arwah-tun-mustapha-1975%2F733637976686183%3Fpnref%3Dstory

Saturday, November 15, 2014

Kebenaran Persekutuan Malaysia sudah mula terbongkar

Kenyataan daripada pihak admin "The Future of Sabah/Sarawak and Federation of Malaysia"

"Pihak admin ingin menyampaikan satu mesej yang penting kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak bahawa segala penipuan mengenai Pembentukkan Malaysia akan didedahkan kepada pihak umum. Gambar dibawah ini merupakan fail yang telahdisimpan rapi dan diketegorikan sebagai "TOP SECRET" di Arkib England mengenai Pembentukkan Persekutuan Malaysia (Suruhanjaya Cobbold, etc). Ia disimpin dalam kategori "RAHSIA" selama 31 tahun dan pada tahun 1994 barulah file ini boleh didedahkan...teruskan membaca di Sabah Sarawak Keluar Malaysia - Sabah Sarawak Union

Friday, November 14, 2014

Mentafsirkan Malaysia: Malaya bertopengkan Malaysia

Jurucakap GANAS 
Apakah Malaysia sebuah negara yang berdaulat dan merdeka? Atau ia hanya Persekutuan Tanah Melayu yang menyamar sebagai Malaysia. Selepas 51 tahun Malaysia dibentuk, soalan lucu seperti ini masih wujud, setelah 51 tahun Pembangunan Negara isu identiti sepatutnya telah lama diselesaikan – Ini sangat malang, Malaysia hari ini masih mempunyai isu identiti yang belum dapat diselesaikan . Krisis seperti ini ini adalah jauh lebih serius daripada menghadapi krisis pertengahan hidup (mid-life crisis), jika tidak ditangani dengan betul ia mungkin menjadi satu masalah bukan saja menyebabkan Negara nazak malah boleh menyebabkan Malaysia terburai.
Menurut tafsiran Artikel 160 Perlembagaan Malaysia “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan melalui

Saturday, November 1, 2014

SSKM AKHIRNYA TERPERANGKAP??




   GELOMBANG KESEDARAN rakyat Borneo semakin kelihatan dan dapat dibuktikan dalam keterlibatan mereka melalui perjuangan Pertubuhan Badan NGO “Sabah Sarawak Union, United Kingdom” (SSU-UK) atau lebih dikenali dengan nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” (SSKM). SSKM ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, di mana idea penubuhannya dimulakan oleh rakyat biasa yang tidak berlatar belakangkan politik. Gabungan idea dari rakyat Sarawak & Sabah bermula dengan mengambil nama “Sabah Sarawak Keluar Malaysia” bermula dengan cara merangkak dalam Group komuniti laman sosial Facebook. SSKM belum berpengalaman dalam soal-soal masalah rakyat, tetapi hasrat dan tujuan SSKM adalah untuk memberikan informasi dan data sejarah berfakta yang seharusnya diketahui oleh rakyat Sabah dan Sarawak, di mana hal-hal tersebut “tidak pernah didedahkan” dalam kurikulum Sejarah pendidikan di Malaysia. Banyak fakta sejarah Negara Sabah & Sarawak yang dimanipulasi dan disembunyikan selama 51 tahun oleh pemimpin-pemimpin politik Malaya. 

Kenapa SSKM bertindak berani melakukan ini?