Monday, December 1, 2014

PEMBEBASAN RAKYAT BORNEO DARI PENINDASAN MALAYA


1. PENAKLUKAN tanpa pengisytiharan penjajahan adalah kemuncak tertinggi dari ketuanan atau dominasi kuasa Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang merdeka pada 31 Ogos 1957 ke atas Sabah dan Sarawak (Borneo), yang bagi Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dari penjajah yang sama, iaitu United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland.

2. Sesungguhnya, penguasaan Malaya ke atas Borneo terang dan nyata telah melampaui batas perjanjian tentang persetujuan dan jaminan kedudukan sama taraf antara Borneo dan Malaya dalam Malaysia, di samping hak bagi Borneo atau negara masing-masing, iaitu Borneo dan Malaya untuk menentukan nasib sendiri dalam Malaysia.

3. Lantaran itulah, maka pelanggaran Malaya terhadap perjanjian penubuhan Malaysia adalah pengkhianatan kotor dan sekaligus menghancurkan harapan-harapan manis tentang apa itu kedaulatan kemerdekaan Borneo dalam Malaysia. Yang demikian, Malaya telah membuatkan bangsa-bangsa Borneo laksana anjing berkepala busuk dalam Malaysia. Pada hal, Malaysia itu wujud kerana faktor Borneo dan kalau bukan kerana faktor Borneo, nescaya Malaysia tidak wujud.


4. Oleh itu, seluruh rakyat bangsa-bangsa Borneo perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam usaha menzahirkan keazaman baru dan sekaligus menyerlahkan perjuangan baru ke arah menghancurkan dominasi kuasa Malaya dalam erti kata ketuanan Melayu selama 50 tahun ke atas Borneo demi pengambilalihan semula semua jabatan kerajaan dan lembaga kerajaan kepunyaan Borneo yang Malaya rampas atas nama ‘Kerajaan Persekutuan’ atau pusat pentadbiran Malaysia kononnya.

5. Pembebasan Borneo dari penindasan Malaya sememangnya memaksa seluruh rakyat bangsa-bangsa Borneo untuk bergerak ke dalam satu arena perjuangan baru dengan mempertajamkan antagonisme terhadap Malaya sehingga ke tahap yang sebesar-besarnya. Antagonisme besar Borneo yang dimaksudkan adalah bertujuan untuk menghancurkan kelakuan tidak bertamadun Malaya yang dengan pongahnya telah memburukan harapan baik kehidupan rakyat bangsa-bangsa Borneo secara ekonomi melalui rampasan 95 peratus hasil Borneo, dan secara politik melalui penindasan terhadap warga asal Borneo melalui penciptaan warga melayu baru dari kalangan jutaan bilangan PTI yang diberi IC Projek.

6. Kemenangan nasionalis rakyat bangsa-bangsa Borneo hendaklah didasarkan kepada mencapai demokrasi yang sepenuhnya dan sebagai akibatnya, tidak hanya membawa kesetaraan sepenuhnya di antara Borneo dan Malaya sebagai koleksi negara yang membentuk Malaysia dalam Malaysia, tetapi juga memberikan hak kepada rakyat bangsa-bangsa Borneo yang tertindas kerana ditindas dalam Malaysia untuk menentukan nasib sendiri, iaitu hak untuk bebas memisahkan diri secara politik, dengan cara membuang dan menghapuskan semua parti politik ‘Made In Malaya’ di Borneo agar penjarahan ekonomi dari hasil Borneo oleh Malaya dapat dihentikan.
 
7. Justeru, semua parti politik berasaskan Borneo yang gagal membuktikan keazaman tinggi nasionalisme mereka hari ini, dalam erti kata sekadar mampu menjadi pencacai dan penjilat kepada Malaya, sehingga rakyat asal Borneo sendiri wujud pada posisi tertindas, tidak syak lagi, bahawa mereka yang melakukan perbuatan terkutuk demikian adalah pengkhianatan besar terhadap hak kedaulatan kemerdekaan Borneo. Dengan kata lain, mereka adalah pengamal politik busuk standard kelas longkang dari acuan demokrasi biawak Malaya sehingga Borneo kehilangan status negara dalam Malaysia kepada Malaya akhirnya.

RAKYAT BERSATU BORNEO, MENUJU MOMENTUM PATRIOT BORNEO!
- Naspazi (30 December 2013)

No comments:

Post a Comment