Thursday, December 11, 2014

MADE IN MALAYA DI SABAH

1. SESUNGGUHNYA, kehancuran identiti nasional Sabah dari tendensi IC Projek Malaya tidak dapat tidak akan membinasakan generasi Sabahan yang akan datang.

2. Lantaran itu, IC Projek Malaya di Sabah adalah perbuatan yang paling sadis, suatu serangan yang paling kejam terhadap generasi Sabahan yang akan datang, yang juga mungkin paling diingati dalam sejarah Sabah zaman-berzaman.

3. Dalam erti kata lain, IC Projek adalah plot terbesar ekspedisi Malaya untuk menghancurkan identiti nasional Sabah, yang bagi saya ia akan meninggalkan penyesalan abadi.

4. Justeru, pengamal politik Sabah, yang mendewa-dewakan parti-parti politik ‘Made In Malaya’ di Sabah, yang mendaulatkan ketuanan Malaya di Sabah, secara benarnya mereka adalah pencipta-pencipta menu dari makanan iblis untuk dihidangkan kepada generasi Sabahan yang akan datang.

5. Yang demikian, dalam paradigma ringkas ini, saya ingin menegaskan, bahawa kemakmuran dan kesentosaan Sabahan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan sendiri tidak boleh datang dari luar.

6. Oleh itu, Sabahan tidak boleh tidak, mesti belajar untuk memahami perjuangan politik sendiri, yang membolehkan Sabahan mengumpul kekuatan pada kekuatan idealistik seluruh Sabah.

7. Selama ini, Sabah sudah terlalu banyak membuat pengorbanan demi kewujudan dan keamanan Malaysia, tetapi pengorbanan Sabah tidak pernah dihormati untuk dihargai, melainkan menambah koleksi kepentingan Malaya di Sabah dengan mencabul Perkara 20 dan mengkhianati Perjanjian Malaysia 1963.

8. Yang demikian, Malaya bukan lagi ‘Rakan Kongsi Sama Taraf’ dalam Malaysia, melainkan penyangak yang tidak bertanggungjawab dalam Malaysia.

9. Lantaran itu, Perjanjian Malaysia telah menjadi ikrar yang patah; janji yang patah secara besar-besaran. Ikrar dan janji yang tidak pun dipenuhi akhirnya, dan apa yang Malaya telah lakukan kepada Sabah? Sabah dirompak, Sabah dieksploitasi sehingga menjadi termiskin dalam Malaysia.

10. Dalam erti kata lain, pencabulan dan pengkhianatan Malaya terhadap Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963, tidak syak lagi, ia adalah penganiayaan terbesar dan paling keji terhadap ‘Kedudukan, Hak dan Masa Depan Sabah’ dalam pembentukan Malaysia 1963.

11. Oleh itu, jika Sabah mahu menggapai impian kemenangan muktamad di langit harapan baru kedaulatan bernegara, maka seluruh nasionalis Sabah hendaklah bergabung menjadi satu unit tunggal yang baru. Seluruh rakyat Sabah juga hendaklah bersatu dalam konteks mengatasi semua prasangka agama dan kaum.

12. Akhirnya, seluruh rakyat Sabah harus sedar akan fakta, bahawa tugas untuk mempertahankan identiti nasional dan membina semula harapan baru Sabah yang dinamik dan sentosa, tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab pelangi citra hati nurani para genius dan cendekiawan, negarawan dan nasionalis yang hebat sepanjang zaman; atas kehendak bersama seluruh rakyat Sabah dengan jujur dan setia kepada tradisi leluhur Sabahan silam untuk dihantar kepada generasi Sabahan yang akan datang dengan selamat.

Bangkit kamu!
Selamatkan Sabah!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=886935001325779&set=o.335090303199724&type=1&theater

Tuesday, December 9, 2014

Mesej Penting untuk Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak

Setelah empat tahun yang juga bakal memasuki tahun kelima dalam perjuangan ini, perkembangan kefahaman dan penerimaan ideologi perjuangan SSKM semakin rancak dan telah mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat yang berbeda ideologi kefahaman politik. Tidak salah jikalau saya katakan bahawa perjuangan SSKM ini juga telah mampu satukan semua rakyat dikedua-dua negara sebagai satu entiti Bangsa Borneo. Yang lebih menariknya lagi, kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia kini sudah kian tergugat dengan segala pendedahan yang telah menelanjangkan sepenuhnya penipuan dan kekotoran politik mereka yang selama ini telah disokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan. 
Kita semua telah sedia maklum bahawa pemimpin malaya kini sedang berusaha untuk melenyapkan suara dan sentimen kebangkitan Nasionalisme di Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui tindakan mereka memutuskan untuk mengekalkan akta hasutan 1948. Dengan itu, kita perlu membuat keputusan yang mustahak sekarang untuk diputuskan. Pertama, adakah kita mahu terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya yang didokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang selama ini telah dilakukan keatas kita selama 51 tahun? Adakah kita mahu merelakan diri, keluarga, keturunan dan generasi bangsa kita untuk terus diperlakukan sedemikian untuk 50 tahun lagi? Atau kita lakukan satu revolusi kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya secara demokratik melalui tuntutan hak mutlak kita sebagai sebuah Bangsa yang Merdeka dan berdaulat agar generasi dan keturunan kita dapat menikmati kehidupan dibawah pemerintahan Kerajaan Tempatan yang adil dan saksama tanpa perlu lagi berasa takut dengan pemerintahan malaya yang pada waktu itu negara kita sudah bebas daripada persekutuan malaysia dengan malaya. Dimanakah pilihan dan pendirian anda?
Jikalau anda mahu memilih untuk terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya, ya, anda akan selamat. Anda tidak akan diapa-apakan. Tidak berlaku penangkapan dan anda boleh teruskan kehidupan anda seperti biasa sebagai bangsa yang terjajah secara halus melalui mental dan fizikal. Dan anda selamanya tidak akan miliki kekuatan untuk menegur mahupun menunjukkan penentangan secara terang-terangan kepada pemerintahan malaya biarpun anda tahu mereka zalim dan tidak adil. Apabila anda sudah tua, anda akan meninggalkan amanat kepada keturunan anda untuk turut sama mengikut langkah anda. Dalam erti kata lain, anda merelakan diri dirogol oleh perogol siang dan malam tanpa sebarang tindakan untuk mempertahankan diri mahupun menghentikan tindakan jahat, hina dan kotor tersebut. Akhirnya hidup anda berakhir dengan satu tragedi yang akan ditutup daripada pengetahuan umum seperti mana yang telah dilakukan kepada pemimpin-pemimpin Nasionalis Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak kita dahulu. Anda lawan malaya, hidup anda akan berakhir. Patuh kepada malaya, anda akan hidup dan meninggal semasa usia tua di katil atau mungkin disebabkan penyakit.
Atau anda BANGKIT sekarang dengan berani bersama-sama dengan yang lain, berdiri teguh kepada pendirian dalam perjuangan untuk mengatakan  kepada kerajaan menyamar itu bahawa mereka boleh mengancam nyawa, keluarga mahupun generasi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, tetapi mereka tidak mampu mengugat walau seinci pun semangat yang membara didalam diri Bangsa Borneo untuk berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan Kedaulatan daripada penjajahan jijik, hina dan kotor malaya ini. Perjuangan ini juga tidak meminta seinci pun tanah mahupun hak malaya tetapi hanya ingin mengambil sepenuhnya hak Bangsa Borneo tanpa sebarang syarat daripada genggaman malaya. Jikalau rebah ke bumi, biarlah rebah sebagai seorang pejuang dan tidak sesekali sebagai pengkhianat Bangsa dan Negara. Tetapi dalam perjuangan ini, bukan nama yang menjadi rebutan tetapi nasib bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak itu yang menjadi misi utama yang mesti diperjuangkan tanpa sebarang alasan.
Kita bukan tidak pernah memiliki sebuah negara, matawang, mahupun pertahanan negara. Semuanya kita pernah miliki dahulu. Namun perkara tersebut dihilangkan daripada genggaman tangan bangsa kita. Kita tidak akan sesekali merampas hak orang lain tetapi apa yang kita sedang lakukan sekarang adalah hanya untuk mengambil balik kesemua hak milik Bangsa kita kerana hak tersebut bukan milik malaya! Milik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak!
Politik
http://sabahsarawakmerdeka.blogspot.co.uk/2014/12/mesej-penting-untuk-bangsa-negara-sabah.html

Friday, December 5, 2014

Alasan tidak sama taraf kerana keluasan tidak sama

Pembangunan yang TIDAK sama TARAF untuk Sabah dan Sarawak berlaku disebabkan KELUASAN KAWASAN atau GEOGRAFI yang tidak sama dengan SEMENANJUNG MALAYSIA adalah alasan yang TIDAK tepat dan TIDAK logik untuk difikirkan.

Alasan itu TIDAK logik dan TIDAK terpakai untuk pemimpin yang berpandangan JAUH dan POSITIF (Yang IKHLAS berjuang untuk rakyat) tanpa dipengaruhi oleh sebarang keputusan NEGETIF daripada mana-mana PIHAK untuk melongkangkan SABAH dan SARAWAK.
Memang TIDAK LOGIK bagi pemimpin yang benar-benar KOMITED dengan tugas kepimpinannya kerana mereka HARUS MELAYANI dan mendengar SUARA RAKYAT dengan teliti serta menyelesaikan  masalah mengikut KEPIMPINANnya.
TETAPI alasan itu LOGIK untuk PEMIMPIN yang MAKAN DUIT RAKYAT dan menerima RASUAH daripada orang-orang tertentu (Pemimpin, rakyat), PEMIMPIN yang hanya mementingkan diri sendiri dan memang TIDAK LAYAK digelar sebagai pemimpin.

Dan LOGIK bagi pemimpin yang MUNGKIN TIDAK PERNAH dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin , DILAYANI dan mengharapkan RAKYAT memberikan sanjungan kepadanya tetapi TIDAK PERNAH menghormati SUARA RAKYATnya sendiri. Mengapa Sabah dan Sarawak tidak MENDAPAT layanan dan keperluan PEMBANGUNAN yang SAMA RATA didalam MALAYSIA? Sebab kawasan Sabah dan Sarawak sangat BESAR? Sebab BENTUK MUKA BUMI SS BULAT dan BERJERAWAT seperti di BULAN? BESAR atau KECIL kawasan Sabah dan Sarawak bukanlah ALASAN untuk TIDAK dapat memberikan layanan yang sama TARAF didalam MALAYSIA. 
Jika TIDAK dapat MEMERINTAH kawasan yang KECIL, mengapa PULA BERIA-IA MENGAMBIL Sabah dan Sarawak sebagai TANAH JAJAHAN MALAYA?  Jika MALAYA TIDAK SANGGUP memikul TANGGUNGJAWAB didalam PERKARA yang KECIL, mengapa pula BERIA-IA mahu memikul TANGGUNGJAWAB yang besar? Kawasan yang KECIL tidak dapat DITADBIR, apa lagi dengan kawasan yang BESAR? INI dinamakan TAMAK.
 Jangan MERUJUK kepada besarnya kawasan SABAH dan SARAWAK untuk diberi layanan yang sama rata sebab HAMPIR SEMUA DAERAH  yang KECIL atau KAWASAN di SS TIDAK mendapat LAYANAN yang SAMA TARAF , MALAHAN TANAH DIRAMPAS untuk TUJUAN PEMBANGUNAN. (Sekarang sudah 51 tahun).
Manakah yang LEBIH PENTING, RAKYAT atau PEMBANGUNAN? Jika RAKYAT DIBELAKANGKAN, PEMBANGUNAN pun AKAN RUNTUH dengan sendirinya sebab hak mereka DIRAMPAS. JIka RAKYAT DIDAHULUKAN, sudah pasti RAMPASAN TANAH TIDAK akan berlaku. 
SUMBER manusia di abaikan dan DI LONGKANGKAN demi untuk PEMBANGUNAN. Adakah ini satu TEKNIK atau cara bagaimana untuk MELUPUTKAN SEJARAH sebenar penduduk SS?
Rampasan tanah didahulukan, HAK dan MARUAH rakyat dibelakangkan. 

http://sabahandsarawakrights.blogspot.com/2014/12/alasan-tidak-sama-taraf-kerana-keluasan-tidak-sama.html